Now Reading
Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?

Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?

Berdasarkan Akta Kerja 1955 di bawah Seksyen 60E Cuti Tahunan (1B), pekerja berhak mengganti semula cuti tahunan (Annual Leave) jika menerima MC dari doktor.

Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tidak sihat, ramai yang akan terus bergegas ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mendapatkan ubat bagi merawat kesakitan yang sedang dihadapi.

Tapi pernah tak anda terfikir, macam mana kalau doktor berikan sijil cuti sakit (MC) sekiranya pada ketika itu kita sedang mengambil cuti tahunan (Annual Leave)?

Boleh ke kalau tak mahu gunakan MC itu? Atau cuti tahunan kita ‘burn’ begitu sahaja?

BACA JUGA: Pekerja Ramai-ramai Pakat Berhenti Sebab Bos Tak Bagi Cuti


Pakar Perunding Perjelas Tentang Hak Pekerja Tentang Cuti Sakit (MC) Dan Cuti Tahunan (Annual Leave)

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang Pakar Perunding Bahagian Sumber Manusia di laman TikTok miliknya (@syakirhr), lelaki ini berkongsi mengenai perkara yang perlu dilakukan jika pekerja mendapat sijil cuti sakit (MC) ketika sedang mengambil cuti tahunan (Annual Leave).

Menurutnya, pekerja yang berdepan situasi seperti ini boleh menggunakan cuti sakit (MC) itu dan menggantikan cuti tahunan (Annual Leave) yang diambil kepada hari lain.

Situasi ini bertepatan dengan undang-undang yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 di bawah Seksyen 60E Cuti Tahunan (1B).

Berdasarkan akta berkenaan, pekerja yang sedang dalam cuti tahunan (Annual Leave) berbayar berhak mendapat cuti sakit (MC) atau cuti bersalin (Maternity Leave) semasa cuti tahunan.

Cuti tahunan (Annual Leave) berkenaan juga hendaklah dianggap sebagai belum diambil bagi hari-hari di mana cuti sakit (MC) atau cuti bersalin (Maternity Leave) diberikan kepada pekerja.

https://www.tiktok.com/@syakirhr/video/7179116422092705051

Ramai Rupanya Yang Baru Tahu Tentang Perkara Ini

Di ruangan komen video tersebut, ramai pekerja di luar sana yang menganggap maklumat ini sebagai perkara baharu buat mereka. Malah, kami sendiri sebagai penulis juga baru sahaja mengetahui tentang perkara ini.

Sebagai pekerja, kita semua perlu ambil tahu tentang perkara seperti ini kerana ia adalah hak anda sebagai seorang pekerja.


Membeli Sijil Cuti Sakit (MC) Yang Palsu Adalah Satu Kesalahan

Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk tidak cuba mendapatkan sijil cuti sakit (MC) yang palsu kerana tindakan itu dianggap sebagai satu kesalahan melibatkan rasuah.

Sebelum ini, enam pekerja kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas dakwaan memalsukan sijil cuti sakit (MC).

Pihak yang menjual sijil cuti sakit (MC) palsu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dipenjara tidak lebih 10 tahun, sebatan dan denda.

BACA JUGA: Individu Beli MC Palsu Dianggap Satu Kesalahan Rasuah – SPRM


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd