Now Reading
Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 Bermula 1 Januari 2023. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 Bermula 1 Januari 2023. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ini diwujudkan untuk menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam tempoh bekerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang dahulunya dicadangkan untuk berkuatkuasa bermula 1 September 2022 telah ditangguhkan kepada 1 Januari 2023 selepas mempertimbang semula keperluan pihak industri untuk perkembangan ekonomi.

Menurut bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan, pihak industri sebulat suara memberi pandangan bahawa mereka memerlukan persiapan rapi terlebih dahulu kerana bimbang akan berdepan kesukaran jika terburu-buru.

Memetik laporan Utusan, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim memberitahu bahawa pindaan ini dilakukan bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja serta memberi kelonggaran dalam tempoh bekerja.

Sumber: TRP File

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akta Kerja (Pindaan) 2022

Pindaan akta ini bakal dilaksanakan tidak lama lagi iaitu pada 1 Januari 2023.

Sebagai pekerja dan majikan, anda perlu mengambil tahu tentang Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 agar tiada salah faham yang berlaku bagi kedua-dua belah pihak.

Antara kandungan pindaan akta ini adalah seperti:

  • Tempoh bekerja seminggu dipendekkan dari 48 jam kepada 45 jam sahaja tidak termasuk waktu rehat.
  • Tempoh cuti bersalin kepada wanita dipanjangkan dari 60 hari kepada 98 hari bagi semua pekerja tanpa mengira pangkat. Elaun Bersalin juga layak selama 98 hari dalam tempoh ini.
  • Tidak boleh sesuka hati memecat atau membuang pekerja wanita yang hamil sekiranya mereka tidak melanggar mana-mana perkara seperti:
    • Melanggar syarat kontrak kerja.
    • Masih melakukan tindakan salah laku selepas diberikan surat amaran.
    • Syarikat terpaksa ditutup akibat muflis.
  • Cuti Sakit (MC) berbayar selama 14, 18 atau 22 hari diasingkan dengan Cuti Hospitalisasi 60 hari.
  • Cuti Paterniti berjumlah tujuh hari diberikan kepada pekerja yang telah bekerja dengan majikan sama sekurang-kurangnya selama 12 bulan.
  • Majikan diwajibkan untuk menampal notis tentang kesedaran gangguan seksual di tempat kerja.
Sumber: Freepik

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Effendy Abdul Ghani memberitahu bahawa banyak kajian antarabangsa dan di negara lain menunjukkan progres yang positif terhadap salah satu pindaan dalam akta ini iatu pengurangan jumlah waktu bekerja.

Beliau juga memberi pendapat bahawa akta ini dilihat mampu memberi keseimbangan antara kehidupan dan kerja dalam kalangan masyarakat Malaysia.

BACA JUGA: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd