Now Reading
Wanita Patah Tulang Rusuk Lepas Naik Ride Funfair Di Pahang

Wanita Patah Tulang Rusuk Lepas Naik Ride Funfair Di Pahang

Mangsa menjelaskan bahawa pihak pengurusan funfair terbabit telah bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku dan meminta maaf dari pihak mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain memberi pengalaman mengujakan, pelbagai berita tentang kemalangan berlaku di karnival funfair sehingga mengakibatkan kecederaan kepada pengunjung mereka berikutan masalah teknikal.

Pada tahun 2022, permainan ‘Sotong Ride’ yang sedang bergerak telah memberi pengalaman buruk apabila seorang kanak-kanak dan dua orang wanita terjatuh dari ride berkenaan di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Selangor.

Difahamkan pengusaha tapak funfair berkenaan telah disita oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada 29 November 2022 kerana permit operasi mereka tidak diluluskan, tetapi masih berdegil untuk membuka funfair terbabit.

Baca Artikel Berkaitan: 3 Mangsa Cedera Lepas Jatuh Dari ‘Sotong Ride’ Di Funfair Di Puncak Alam

Baca Artikel Berkaitan: Pengusaha Funfair Tapak Kemalangan ‘Sotong Ride’ Rupanya Operasi Secara Haram


Satu Lagi Insiden Berlaku Di Funfair Malaysia

Dalam kejadian terbaharu, satu funfair di Raub, Pahang pula dikatakan memberi pengalaman kurang menyenangkan kepada pengunjungnya yang menaiki sebuah permainan roller coaster.

Menerusi video dimuat naik di laman Facebook Penduduk Raub Pahang, kelihatan seorang wanita meronta kesakitan manakala seorang kanak-kanak perempuan pula sedang menangis sambil memegang lututnya.

Difahamkan, pengunjung yang menjadi mangsa itu tercampak dari salah satu gerabak pada permainan roller coaster selepas ia terkeluar dari landasan.

Untuk menonton video penuh, boleh klik [DI SINI].

Sumber: Facebook Penduduk Raub Pahang

Wanita Dedah Alami Patah Tulang Rusuk Selepas Terlibat Dalam Insiden Itu

Di ruangan komen video berkenaan, seorang wanita dewasa yang menjadi mangsa menceritakan dia telah patah tulang belakang manakala anak perempuannya pula sukar untuk bergerak kerana sakit pada bahagian lutut.

Jelas wanita dikenali sebagai Nur Izzati Mohamed Kamil itu, pihak pengurusan funfair terbabit telah bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku dan meminta maaf dari pihak mereka.

Pada masa yang sama, wanita ini juga meminta agar orang ramai tidak meninggalkan komen yang buruk terhadap funfair di Raub, Pahang itu.

Sumber: Facebook Penduduk Raub Pahang

Netizen Luah Rasa Bimbang Dengan Keselamatan Di Funfair

Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan berpendapat bahawa mereka bimbang dengan tahap keselamatan pada karnival funfair berikutan kes tidak diingini yang pernah didengari sama ada di dalam atau luar negara.

Di samping itu, ada juga netizen yang meluahkan rasa kecewa apabila kebanyakan permainan di funfair berkenaan dinaiki oleh golongan dewasan berbanding kanak-kanak.

“Haritu tu dah pergi dah. Kebanyakan yang main mainan tu pun orang dewasa. Rasa macam tak kena pula bila dewasa yang naik dari budak-budak,” kata netizen.

Sesetengah netizen pula meragui tahap keselamatan alat permainan di funfair ini kerana ia sering berpindah lokasi selain harga token yang dikatakan agak mahal.

“Tapi saya percaya benda-benda kat funfair ni tak akan kuat. Pasal tiap bulan diorang akan buka. Pindah tempat,” ujar netizen.

Sumber: Facebook Penduduk Raub Pahang

Sehingga artikel ini ditulis, masih tiada kenyataan rasmi dari penganjur funfair berkenaan serta pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian ini.


Pihak Pengurusan Funfair Melawat Keluarga Mangsa

Dalam satu hantaran terbaharu dimuat naik oleh mangsa, wanita berkenaan mendedahkan bahawa pihak pengurusan funfair tersebut sanggup datang dari Johor semata-mata untuk melawat mereka sekeluarga.

Dia juga berharap agar orang ramai terus mendoakan agar mereka akan kembali sihat seperti biasa.

“Aunty dan uncle datang melawat ke rumah kami. Pihak funfair Raub pun dah bertanggungjawab semua ke atas saya dan anak,” katanya.

Sumber: Facebook Nur Izzati Mohamed Kamil

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd