Now Reading
3 Mangsa Cedera Lepas Jatuh Dari ‘Sotong Ride’ Di Funfair Di Puncak Alam

3 Mangsa Cedera Lepas Jatuh Dari ‘Sotong Ride’ Di Funfair Di Puncak Alam

Tragedi ‘Sotong Ride’ itu berlaku di sebuah funfair di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Selangor malam semalam (12 Disember).

3 Mangsa Cedera Lepas Jatuh Dari 'Sotong Ride' Di Funfair Di Puncak Alam

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pengalaman gembira berkunjung ke sebuah taman tema bertukar tragedi selepas tiga orang mangsa melibatkan seorang kanak-kanak dan dua orang wanita terjatuh dari sebuah permainan ‘Sotong Ride’ yang sedang bergerak pada ketika itu.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah ‘funfair’ di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Selangor malam semalam (12 Disember).

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa memaklumkan pihak mereka telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 8.50 malam.

Sumber: Harian Metro

Tiga buah ambulans dan sebuah jentera bomba telah tiba di lokasi kejadian semalam bagi membantu kesemua mangsa yang terlibat.

Seorang wanita mengalami cedera parah selepas terjatuh dari permainan ‘Sotong Ride’ itu. Kesemua mangsa juga telah dibawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa.

Rakaman Tragedi ‘Sotong Ride’ Sempat Dirakam Oleh Pengunjung Funfair

Rakaman oleh pengunjung funfair ketika kejadian itu juga sempat dirakam dan dimuat naik sehingga tular di media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan permainan itu bergerak dengan lancar pada awalnya sebelum tiba-tiba menjadi tidak terkawal dan melanggar besi pembahagi di bahagian tepi.

Orang ramai yang berada di kawasan tersebut juga menjerit ketakutan selepas melihat sendiri kejadian berkenaan di hadapan mereka.

Malah ada juga yang mendakwa funfair tersebut terus ditutup kepada para pengunjung pada malam sama selepas berlaku insiden di ‘Sotong Ride’ itu.

https://www.tiktok.com/@mamifaezaglowqueenz/video/7176282171571817754?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Berikutan itu, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 iaitu beroperasi tanpa lesen.

BACA JUGA: 1 Killed And 1 Seriously Injured After Ferris Wheel Tragedy At Cheras Fun Fair


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd