Now Reading
Pengusaha Funfair Tapak Kemalangan ‘Sotong Ride’ Rupanya Operasi Secara Haram

Pengusaha Funfair Tapak Kemalangan ‘Sotong Ride’ Rupanya Operasi Secara Haram

Selain beroperasi secara haram, tapak funfair itu juga tidak mendapat kebenaran daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (12 Disember), satu tragedi tidak diingini berlaku apabila sebuah permainan yang dipanggil ‘Sotong Ride’ telah mengakibatkan kemalangan melibatkan seorang kanak-kanak dan dua orang wanita.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di sebuah ‘funfair’ di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Selangor itu berlaku selepas tiga orang mangsa telah terjatuh daripada tempat duduk mereka yang sedang bergerak pada ketika itu.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapatkan rawatan lanjut.

BACA JUGA: 3 Mangsa Cedera Lepas Jatuh Dari ‘Sotong Ride’ Di Funfair Di Puncak Alam

Sumber: Harian Metro

Pengusaha Funfair Tetap Teruskan Operasi Walaupun Tak Dapat Kelulusan

Memetik laporan Harian Metro, pengusaha tapak funfair berkenaan sebenarnya telah disita oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada 29 November lalu kerana permit operasi mereka tidak diluluskan.

Yang Dipertua MPKS Rahilah Rahmat memaklumkan pihak pengusaha masih berdegil untuk meneruskan operasi funfair berkenaan tanpa sebarang kelulusan sehingga berlakunya kemalangan ‘Sotong Ride’ semalam.

Sumber: Harian Metro

Selain beroperasi secara haram, tapak funfair itu juga tidak mendapat kebenaran daripada MPKS, pihak polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Memang pengusaha funfair ada membuat permohonan permit daripada MPKS tetapi pihak kami tidak meluluskannya dan telah menyita lokasi berkenaan. Mereka hanya mendapat kebenaran daripada pemilik tapak dan bukannya dari MPKS.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Rahilah Rahmat.
Sumber: Harian Metro

Berikutan itu, pengusaha berkenaan telah diberi notis kompaun oleh MPKS mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

Pihak pengusaha boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Tapak funfair tersebut kini telah diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi sepenuhnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd