Now Reading
Kes Jatuh Dari Sotong Ride: Fun Fair Diarah Tutup Serta Merta

Kes Jatuh Dari Sotong Ride: Fun Fair Diarah Tutup Serta Merta

Polis turut memaklumkan salah seorang daripada mangsa yang jatuh daripada ‘sotong ride’ itu terpaksa menjalani pembedahan kerana kecederaan di kepala.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, dua individu telah dilaporkan mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh daripada menaiki permainan di sebuah fun fair, Likas, Kota Kinabalu.

Video serta gambar memaparkan kejadian itu turut menjadi sohor di media sosial, namun pihak bomba memaklumkan tiada nyawa yang terkorban dalam insiden itu.

Baca artikel berkaitan: 2 Individu Cedera Jatuh ‘Ride Sotong’ Di Fun Fair Kota Kinabalu

Fun fair diarah tutup serta-merta

Terbaharu, disebabkan kejadian yang berlaku kepada dua pengunjung itu fun fair berkenaan telah diarahkan tutup serta-merta.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah penutupan taman hiburan itu bertujuan untuk membolehkan pengendali membuat pemeriksaan tahap keselamatan semua mainan yang disediakan di fun fair berkenaan.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi melihat sama ada terdapat sebarang kecuaian sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Dalam pada itu, siasatan awal mendapati kemalangan malam tadi melibatkan salah sebuah tempat duduk permainan jenis ‘TAISTAR’ atau ‘Sotong ride’.

“Dua mangsa tercampak keluar dari tempat duduk sejauh 15 meter ia sedang berpusing,” jelasnya, lapor Kosmo.

Mangsa lelaki terpaksa jalani pembedahan kerana cedera di bahagian kepala

Kata beliau lagi, mangsa lelaki yang berusia 35 tahun terpaksa menjalani pembedahan disebabkan kecederaan kepala yang dialaminya.

Manakala seorang lagi mangsa wanita berusia 29 tahun yang cedera di bahagian muka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd