[Video] Demi Selamatkan Anak Monyet, Polis Trafik Sanggup Buat Roadblock Di MRR2
Sekatan jalan raya itu dilakukan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran stesen minyak Petron di Pandan Perdana Ampang, Selangor pada petang semalam (12 Februari).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali ada sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis trafik, pasti kebanyakan pengguna akan mengeluh kerana ia akan mengakibatkan lalu lintas bergerak secara perlahan.
Kebiasaannya sekatan jalan raya atau ‘roadblock’ itu dilakukan bertujuan untuk memeriksa dokumen penting seperti cukai jalan dan lesen serta menahan mereka yang tidak mematuhi undang-undang.
Tetapi lain pula motif yang dilakukan oleh sekumpulan polis trafik ini ketika melakukan sekatan jalan raya baru-baru ini.
Polis Trafik Sekat Kenderaan Untuk Bantu Anak Monyet Terkandas Di Pembahagi Jalan
Menerusi video dimuat naik semula di laman Facebook Polis Diraja Malaysia, sekumpulan polis trafik dilihat telah melakukan sekatan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran stesen minyak Petron di Pandan Perdana Ampang, Selangor.
Sekatan jalan raya itu adalah bertujuan untuk membantu menyelamatkan seekor anak monyet yang ketakutan dan terperangkap di pembahagi jalan semalam (12 Februari).
Dalam video berkenaan, kelihatan anggota polis trafik dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dikenali sebagai Sarjan Hairil Abd Gapol bersama seorang individu lelaki berbaju merah bersama-sama menyelamatkan haiwan tersebut.
Anak monyet tersebut diangkat dari pembahagi jalan dan dibawa ke bahagian tepi jalan raya.
Ketika operasi menyelamat dilakukan, tiada satu kenderaan dibenarkan untuk melepasi kawasan tersebut dan beberapa kereta lain telah melalui stesen minyak berhampiran sebagai jalan pintas.
Netizen Puji Tindakan Polis Trafik Selamatkan Anak Monyet Itu
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memberikan pujian kepada keprihatinan sekumpulan polis trafik tersebut kerana bekerjasama untuk menyelamatkan anak monyet yang ketakutan itu.
Netizen juga berpendapat sikap positif yang ditunjukkan ini merupakan bukti bahawa masih ada anggota polis yang bertanggungjawab dan hanya segelintir sahaja yang merosakkan imej mereka.
“Terbaik PDRM. Hanya segelintir yang merosakkan imej. Tahniah,” ujar netizen.
Pada masa yang sama, ada juga netizen bersimpati dengan nasib anak monyet berkenaan kerana bimbang dengan nasibnya yang terpisah dengan ibunya.
“Kesiannya, mana lah mak dia,” kata netizen.

Apa Perlu Buat Jika Anda Ternampak Ada Haiwan Liar Berkeliaran?
Apabila ternampak kemunculan haiwan liar di kawasan awam, mesti ramai yang akan panik dan terkejut.
Bagi menangani masalah itu, anda perlu segera membuat laporan dan mendapatkan pertolongan dengan menghubungi beberapa talian seperti:
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
- Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Unit Kawalan Haiwan Majlis Perbandaran
- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN)
Baca Artikel Berkaitan: Monyet Sarung Pakaian Pelajar di UUM Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Terlalu Panas, Ular Sawa 10KG Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Rumah Di Kelantan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.