Now Reading
[Video] Pelumba Basikal Le Tour De Langkawi Lalu Di MRR2, Netizen Teruja Dapat Tengok ‘Live’

[Video] Pelumba Basikal Le Tour De Langkawi Lalu Di MRR2, Netizen Teruja Dapat Tengok ‘Live’

Beberapa pemandu yang tersekat di jalan raya akibat penutupan tersebut mengambil peluang untuk melihat sendiri peserta perlumbaan tersebut di MRR2 secara ‘live’.

le tour de langkawi 2023 (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Acara sukan berbasikal yang dilakukan secara tahunan iaitu Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah salah satu kejohanan yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai terutamanya rakyat Malaysia.

LTdL yang merupakan kejohanan lumba basikal bertaraf antarabangsa ini dilakukan di laluan jalan raya yang digunakan oleh orang awam.

Susulan itu, beberapa kawasan serta jalan raya perlu ditutup dan dikosongkan bagi memberi laluan kepada peserta LTdL.

Pada tahun ini, LTdL bermula pada 23 Oktober lalu di Kerteh, Terengganu dan berakhir di KLCC, Kuala Lumpur pada 30 Oktober dengan melalui beberapa jalan utama di Kuala Lumpur termasuklah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Sumber: MalayMail

Orang Ramai Teruja Dapat Tengok Secara ‘Live’ Kejohanan LTdL Di MRR2

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok (@m.fadiiil), pengguna jalan raya di MRR2 dari arah Ukay Perdana ke Ampang dipercayai terpaksa disekat buat sementara waktu bagi membuka laluan kepada peserta LTdL.

Berikutan itu, beberapa pemandu yang tersekat di jalan raya akibat penutupan tersebut mengambil peluang untuk melihat sendiri peserta perlumbaan tersebut di MRR2 secara ‘live’.

Ramai juga yang sempat merakam video ketika melihat kehadiran peserta LTdL itu memecut dengan laju sambil diiringi oleh beberapa motosikal serta kenderaan di bahagian belakang.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.1 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@m.fadiiil/video/7284557714326424850

Netizen Harap Kejohanan MotoGP Juga Guna Laluan Yang Sama

Ruangan komen video berkenaan rata-ratanya dipenuhi dengan keterujaan netizen yang melihat kelajuan basikal yang dibawa oleh peserta LTdL ketika kejohanan itu.

Malah, sesetengah netizen berpendapat kejohanan LTdL ini merupakan antara sukan terbaik yang pernah dianjurkan di Malaysia.

Siap ada yang bagi cadangan supaya kejohanan MotoGP juga diadakan di jalan raya sebagai litar perlumbaan. Mana tahu boleh tengok ‘live’ secara percuma seperti LTdL kan?

Sebagai info, setakat ini belum pernah ada lagi laluan perlumbaan MotoGP yang dilakukan di atas jalan raya biasa berbanding Formula 1 iaitu di Monaco, Perancis dan Macau, China.


Le Tour de Langkawi

Kejohanan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) pertama kali dianjurkan pada tahun 1996 ketika berada di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sukan LTdL ini merupakan salah satu strategi untuk meletakkan Malaysia sebagai salah satu negara dalam dunia perlumbaan serta pelancongan.

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi

Ketika pertama kali ia diadakan, LTdL yang melibatkan 11 negeri di Malaysia meliputi anggaran 1,280 kilometer dikategorikan sebagai acara perlumbaan berbasikal yang terkaya di Asia dengan jumlah wang kemenangan bernilai RM1.1 juta.

LTdL walau bagaimanapun terhenti pada tahun 2021 berikutan wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara sebelum diteruskan semula pada tahun 2022 dan diteruskan juga pada tahun 2023.

Sumber: TikTok m.fadiiil | Sinar Harian | BNN


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd