Operasi ‘Saman Ekor’ Kembali Di Seluruh Negara, Lebih 8,000 Notis Pada Hari Pertama
Pesalah akan dikenakan saman sebanyak RM300 dan notis saman K170A yang akan diposkan ke alamat kediaman masing-masing.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kepada pengguna jalan raya, anda dinasihati untuk memandu mengikut had laju yang ditetapkan kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kini kembali melakukan operasi mereka.
Bermula pada Isnin lalu (21 Ogos), JSPT telah melaksanakan operasi saman tembak laju atau saman ekor bagi mengesan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan di jalan Persekutuan serta lebuh raya.
Pesalah akan dikenakan saman sebanyak RM300 dan notis saman K170A yang akan diposkan ke alamat kediaman masing-masing.
Pemandu Kereta Antara Yang Paling Banyak Terima Notis Saman Ekor
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata operasi ini akan dilakukan secara berterusan di semua kontinjen dan daerah.
Jelas beliau, sebanyak 8,718 saman ekor dikeluarkan pada hari pertama operasi.
Pecahan saman mengikut kenderaan adalah 8,352 kereta, motosikal 44 manakala kenderaan perdagangan dan perkhidmatan sebanyak 322.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar.
Pihak JSPT akan menggunakan kamera tembak laju bagi merakam mana-mana pengguna jalan yang melanggar had kelajuan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pesalah yang telah menerima notis saman ekor berkenaan perlu memberi butiran maklumat dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan kesalahan yang dilakukan.
Semua kesalahan memandu melebihi had laju boleh dikompaun dan dijelaskan di mana mana bahagian trafik daerah di seluruh negara.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar.
Tambah beliau lagi, operasi ini dilakukan bagi memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan dalam negara.
Memandu melebihi had laju merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 40(1) Akta
Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan penyebab utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Artikel Berkaitan: Budak 3 Tahun Maut Dirempuh Trak Pikap Ketika Main Skuter Dalam Taman Perumahan
Artikel Berkaitan: Nahas Kereta Pelajar USAS Rentung, Pemandu Treler Terlibat Miliki 22 Saman
Sumber: Sinar Harian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.