Now Reading
Nahas Kereta Pelajar USAS Rentung, Pemandu Treler Terlibat Miliki 22 Saman

Nahas Kereta Pelajar USAS Rentung, Pemandu Treler Terlibat Miliki 22 Saman

Kelima-lima mangsa merupakan pelajar USAS dan merupakan rakan serumah yang baharu memulakan pengajian selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Satu tragedi menyayat hati telah berlaku di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, Perak pada 12 Mei 2022 apabila lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dilaporkan rentung dalam sebuah kemalangan ngeri.

Mangsa-mangsa yang dikenalpasti terlibat adalah:

  • Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.
  • Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, berasal dari Chukai Terengganu.
  • Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai Johor.
  • Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor.
  • Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.
nahas kereta terbakar

Difahamkan, tiga daripada mangsa adalah pelajar ijazah sarjana muda manakala dua lagi pelajar diploma.

Naib Canselor USAS, Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi menjelaskan kesemua mangsa baharu memulakan pengajian selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.


Kemalangan berlaku akibat penyelenggaraan jalan

Menurut laporan, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kejadian nahas di KM246, Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara itu dipercayai berlaku di kawasan penyelenggaraan jalan dilakukan pihak PLUS.

Siasatan awal mendapati treler membawa muatan mozek dari arah selatan menghala utara sedang memandu di lorong kanan disebabkan lorong kiri laluan dari KM 246 hingga 244.4 ditutup.

Pada masa yang sama, kereta Honda City dinaiki lima mangsa rentung yang sedang mengekori di belakang treler berkenaan sebelum kedua-dua kenderaan itu dipercayai memperlahankan kenderaan.

Bagaimanapun, sebuah lagi treler membawa muatan besi pagar datang dari arah belakang Honda City berkenaan dan dan tidak sempat membrek, mengakibatkan ia merempuh bahagian belakang kereta berkenaan sebelum menyeretnya ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler bermuatan mozek terbabit.

nahas kereta terbakar

Akibat daripada itu, Honda City berkenaan terbakar sebelum api turut merebak ke bahagian kepala (hadapan) kereta. Pemandu kereta itu serta empat penumpang di dalamnya tersepit dan tidak sempat menyelamatkan diri hingga menyebabkan mereka rentung dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid menerusi Berita Harian.

Berikut merupakan video penuh menerusi dashcam milik kenderaan yang berada di belakang treler muatan besi yang kini semakin tular di media sosial:


Pemandu treler miliki 22 saman, 8 adalah kesalahan pandu laju

Pemandu treler kini telah ditahan bagi membantu siasatan kemalangan tersebut dan direman empat hari bermula semalam (12 Mei 2022).

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata reman ke atas pemandu berumur 28 tahun akan dibuat sehingga Ahad (15 Mei) ini untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan polis mendapati pemandu treler itu mempunyai 22 saman. Daripada jumlah itu, 21 saman telah dibayar termasuk lapan saman kesalahan pandu laju.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob menerusi Bernama.

Kami di TRP mengucapkan takziah buat keluarga kelima-lima mangsa yang terlibat. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd