Now Reading
Ambulans Ditahan Untuk Elak Bertembung Konvoi Perdana Menteri Di Johor Bahru

Ambulans Ditahan Untuk Elak Bertembung Konvoi Perdana Menteri Di Johor Bahru

Ambulans ditahan oleh polis trafik Johor Bahru Utara untuk mengelakkan bertembung dengan konvoi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Baru-baru ini, tular satu video rakaman dashcam sebuah ambulans yang ditahan oleh pihak polis trafik bersama kenderaan lain ketika berada di sebuah jalan raya bagi memberi laluan kepada konvoi VIP.

Polis trafik tersebut dilihat hanya membenarkan kenderaan lain termasuklah ambulans berkenaan selepas golongan ini beredar dari laluan utama.

BACA JUGA: [Video] Ambulans Ditahan Sebab Nak Beri Laluan Untuk ‘VIP’ Undang Kemarahan Netizen


Elak berlanggar dengan konvoi Perdana Menteri

Rakaman video tersebut yang dipercayai berlaku di Johor Bahru mula dipersoalkan oleh ramai pihak seolah-olah tidak memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan.

Laporan memaklumkan insiden yang berlaku itu melibatkan konvoi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru sahaja selesai majlis pelancaran Aspirasi Keluarga Malaysia di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Menurut sumber, tindakan menahan ambulans dan beberapa kenderaan lain adalah bertujuan untuk mengelakkan mereka daripada bertembung dengan konvoi yang sedang memandu dengan laju.

Namun selepas konvoi itu beredar, polis trafik melepaskan ambulans terlebih dahulu berbanding kenderaan yang lain.

Kes akan disiasat

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid memaklumkan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan bahawa anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BPST) telah ditugaskan untuk membuat “Cut Off atau Point Duty” di sempadan Jalan Danga Bay menghala ke Skudai.

Tindakan menahan ambulans tersebut yang tidak melebihi tempoh 30 saat itu telah dinilai dari sudut keselamatan pengguna jalan raya.

Berhubung kejadian tersebut, laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Pihak Polis Johor Bahru Utara turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu di media sosial bagi mengelakkan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd