Now Reading
[Video] Ambulans Ditahan Sebab Nak Beri Laluan Untuk ‘VIP’ Undang Kemarahan Netizen

[Video] Ambulans Ditahan Sebab Nak Beri Laluan Untuk ‘VIP’ Undang Kemarahan Netizen

Polis trafik hanya membenarkan ambulans tersebut bergerak selepas konvoi VIP beredar dari jalan raya berdekatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kejadian ambulans ditahan untuk memberi laluan kepada golongan VIP bukanlah perkara yang asing lagi di Malaysia.

Sebelum ini, kejadian yang sama pernah berlaku apabila ambulans terpaksa berhenti untuk memberi laluan konvoi VIP melawat kawasan banjir berhampiran jalan raya di Kuala Lumpur.

BACA JUGA: [Watch] Another Ambulance Forced To Make Way For VIP Convoy And Netizens Are Angry

Satu lagi kes berlaku di Hulu Langat apabila ambulans terpaksa diberhentikan dengan alasan bagi mengelakkan kemalangan dengan kenderaan VIP yang sedang melalui jalan tersebut.

BACA JUGA: We Had To Stop The Ambulance To Avoid A Collision, Says Selangor Traffic Police


Sekali lagi ambulans ditahan kerana VIP

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (starex_kavin), video tersebut menunjukkan rakaman dashcam sebuah ambulans ketika ditahan bersama kenderaan lain di sebuah jalan raya.

Demi memastikan kelancaran laluan konvoi VIP yang menggunakan laluan flyover di sebelah kiri, polis trafik hanya membenarkan kenderaan lain termasuklah ambulans berkenaan selepas golongan ini beredar.

Tidak berhenti sampai situ sahaja, kejadian yang hampir sama juga berlaku tetapi di lokasi yang berbeza apabila pengguna jalan raya dipaksa berhenti di laluan kecemasan.

Alasan yang masih sama iaitu untuk memberi laluan kepada konvoi VIP menggunakan kedua-dua belah lorong jalan raya.

Netizen bengang

Walaupun kejadian ini sudah berlaku beberapa kali, tetapi netizen tetap ‘speechless’ apabila keputusan menahan kenderaan yang berada dalam kecemasan itu dibuat semata-mata untuk memberi laluan kepada golongan ini.

Ada juga yang berharap agar polis trafik mempertimbangkan semula SOP ini demi menyelamatkan nyawa seseorang yang berada dalam keadaan bahaya.

Semoga pihak polis trafik akan lebih berwaspada, peka dengan keadaan jalan raya dan mengambil berat terhadap ambulans yang berada dalam kecemasan sebelum memberi keutamaan kepada golongan yang tidak memerlukan pada ketika itu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd