Now Reading
Polis Trafik Tak Buat Laporan Lepas Dilanggar Penunggang Motosikal

Polis Trafik Tak Buat Laporan Lepas Dilanggar Penunggang Motosikal

Polis trafik itu tidak membuat sebarang laporan kerana simpati dengan penunggang motosikal terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ni ada macam-macam perangai yang boleh dilihat ketika berada di jalan raya.

Sesetengah orang jenis suka tak bagi signal dan ada juga yang suka memotong secara tiba-tiba.

Memang kena banyak bersabar kalau sedang memandu atau menunggang motosikal lebih-lebih lagi ketika jalan sesak.

Disebabkan sikap sesetengah individu inilah yang menjadi punca berlakunya kemalangan.

Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang berani melanggar anggota polis ketika sedang membuat operasi di jalan raya.

Polis trafik tak buat laporan lepas kena langgar

Tular baru-baru ini di media sosial mengenai seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas dilanggar oleh seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Y15.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman berkata kejadian itu berlaku pada jam 7.20 pagi di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) ketika penunggang berkenaan cuba menukar lorong.

Laporan media memaklumkan kedua-dua individu tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun kerosakan pada kenderaan.

Walau bagaimanapun, anggota polis trafik tersebut enggan membuat laporan polis mengenai kemalangan yang berlaku atas dasar simpati.

Atas dasar simpati kepada penunggang motosikal tersebut dalam situasi yang dihadapi, maka anggota trafik terbabit tidak membuat sebarang laporan polis terhadap kemalangan yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman.


Abdul Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang prihatin dengan kejadian menimpa anggota polis tersebut.

Semoga hubungan ini mencerminkan silaturahim yang erat antara polis dan masyarakat, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman.
https://www.tiktok.com/@goodymy_official/video/7024032670195649818?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo830QhSA6PEFw645CNx%2FISdoHsX%2FowrC1FvwvuPFIGAUMArLoqvBsyOrkLNzRWhSuQRwz0RmK0P%2F4v%2FiypGgA%3D&language=en&mid=6586947002464996102&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7024032670195649818&source=h5_t&timestamp=1635494236&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Macam-macam reaksi dari netizen selepas lihat video itu

Selepas video seorang anggota polis trafik dilanggar menjadi tular, kejadian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang menyebelahi polis trafik, ada juga yang menyebelahi penunggang motor itu.

Kredit: TikTok @goodymy_official
Kredit: TikTok @goodymy_official

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd