Now Reading
[Video] Bantu Promosi Produk Usahawan, Achey Terima Hadiah Ford Ranger

[Video] Bantu Promosi Produk Usahawan, Achey Terima Hadiah Ford Ranger

Menurut pengasas pakaian Choii, Faris, dia berniat untuk memberikan hadiah trak pikap Ford Ranger kepada Achey kerana pelawak itu bersungguh-sungguh mempromosikan produknya sebelum ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang manusia, adalah penting bagi kita untuk sentiasa menerapkan sikap baik hati antara satu sama lain.

Dengan berbuat demikian, pasti satu hari nanti kebaikan anda itu akan dibalas berlipat-lipat kali ganda oleh Allah SWT, Insya-Allah.

Seperti baru-baru ini, sikap baik hati dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara nyata memberikan ganjaran buat pelawak tanah air, Achey.


Usahawan Hadiahkan Ford Ranger Kepada Achey Bocey

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@farisazrii), seorang pengasas pakaian jenama Choii, yang dikenali sebagai Fariz berada dalam satu acara bersama pelawak Achey Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 37.

Dalam video berkenaan, Faris dilihat sedang membuat satu kejutan untuk Achey yang dikatakan telah membantunya ketika akaun media sosial miliknya berdepan ‘shadow banned’.

Jelas Faris, Achey tidak berkira untuk tolong mempromosikan konten-konten bisnes dijalankan di akaun media sosial miliknya sendiri.

“Jika saya reach satu nilai, saya janji saya akan beri abang Ford Ranger betul? Jadi saya kotakan janji saya,” katanya kepada Achey.

Difahamkan, Faris dalam satu sesi ‘live’ terdahulu, berjanji kepada Achey yang dia akan menghadiahkan sebuah trak pikap model Ford Ranger atas usahanya.


Achey Sebak Dengan Pemberian Trak Pikap Mewah Oleh Faris

Berasa terkejut dengan hadiah diterima, Achey dilihat memeluk Faris, isteri dan anaknya, Tiara sambil menitiskan air mata kegembiraan.

Menurut Faris, itulah rezeki buat mereka yang memiliki sikap baik hati.

“Bila dah buat perjanjian untuk berkhidmat kepada sesuatu syarikat, saya akan buat sehabis baik. Kalau syarikat itu layan saya seperti keluarga, saya tidak kisah. Kau nak posting berapa banyak pun saya tak peduli.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa tetapi saya percaya dia (Faris) seorang yang baik hati dan tak sangka pula sampai ke tahap ini. Saya bantu awak saja Faris,” ujar Achey dalam nada terharu.

Untuk info, usahawan baju itu sering menganjurkan acara cabutan bertuah dan jelajah di seluruh negara. Buat yang bertuah, mereka akan mendapat hadiah berbentuk kereta daripadanya.

@farisazrii

Aku Surprise Kereta Ford Ranger Untuk Abg @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG Di Khalayak Ramai …

♬ original sound – Faris Azri Choii – Faris Azri Choii

Reaksi Netizen Lihat Achey Terima Ford Ranger

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna laman TikTok berkata Achey sangat layak menerima hadiah tersebut kerana dia amat bersungguh-sungguh untuk mempromosikan sesuatu jenama.

“Achey memang sangat berusaha semasa promosi Choii. Dia memang patut dapat,” kata seorang individu.

Malah, ada juga yang sempat menitipkan doa buat jenama Choii agar lebih berjaya pada masa akan datang.

“Alhamdulillah rezeki Achey. Semoga jenama Choii lebih maju ke hadapan,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ada juga yang berkata pemberian rezeki pelawak itu dan keluarganya bertambah selepas mengambil Nur Tiara sebagai anak angkat.

“Rezeki Achey dan keluarga berlipat kali ganda apabila mengambil Tiara sebagai anaknya. Hebat kau Achey, kau memang layak,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@farisazrii)

Rezeki sememangnya tidak pernah salah alamat. Semoga perkongsian ini membuka mata orang ramai untuk sentiasa melakukan kebaikan tanpa henti.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Awam Tolong Pemuda Pakaikan Tali Leher Buat Ramai Terharu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terharu Lihat Pakcik Baik Hati Beri Angpau & Minuman Kepada Rider Walaupun Salah Alamat

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd