Now Reading
‘Tube Girl’ Sabrina Bahsoon Tubuhkan Tabung Pendidikan Untuk Kanak-kanak Palestin Di Malaysia

‘Tube Girl’ Sabrina Bahsoon Tubuhkan Tabung Pendidikan Untuk Kanak-kanak Palestin Di Malaysia

Dana Pendidikan Kanak-Kanak Palestin akan membantu membiayai persekolahan seramai 14 orang pelajar berumur 6 hingga 16 tahun di Sekolah Antarabangsa Marifah di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sabrina Bahsoon yang juga dikenali sebagai ‘Tube Girl’ di TikTok telah bekerjasama dengan kumpulan advokasi pelarian Yayasan Geutanyoe Malaysia untuk menubuhkan dana pendidikan kepada kanak-kanak Palestin yang tinggal sebagai pelarian di Malaysia.

Dana yang diperuntukkan oleh Sabrina Bahsoon untuk Pendidikan Kanak-Kanak Palestin ini akan membantu membiayai persekolahan seramai 14 orang pelajar berumur 6 hingga 16 tahun di Sekolah Antarabangsa Marifah.

Memetik South China Morning Post, ia akan memberikan pengalaman kali pertama buat pelajar terlibat dalam menjalani pembelajaran secara rasmi di sekolah kerana mereka sebelum ini hanya telah bersekolah di rumah sahaja.

Sabrina yang merupakan seorang graduan undang-undang dari Universiti Durham berkata, dia telah didorang oleh nilai-nilai yang diterapkan oleh ibu bapanya bahawa mereka mereka berkhidmat semula kepada masyarakat pada bila-bila masa mengikut kelapangan.

Sumber: Facebook Geutanyoe Malaysia

Kejayaan hanya diberikan kepada mereka yang akan membantu orang lain sebagai balasan apabila sudah berjaya mendapatkan sesuatu. Jadi saya nak buat sesuatu yang boleh memberi manfaat.

Sabrina Bahsoon

Geutanyoe Malaysia juga berterima kasih kepada Sabrina atas sokongan dan komitmennya untuk menyediakan pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak Palestin.

Sumbangan ini bukan sahaja memupuk minda muda tetapi juga dapat berfungsi sebagai tempat selamat bagi mereka. Usaha yang diselaraskan ini diharapkan dapat menguatkan keazaman kami untuk memperkasakan masyarakat Palestin melalui pendidikan.

Geutanyoe Malaysia.

Status Pendidikan Kanak-kanak Pelarian Di Malaysia

Walaupun pelarian di Malaysia berkemungkinan memiliki kad UNHCR, tetapi mereka tetap tidak dibenarkan untuk memasuki mana-mana sekolah kerajaan.

Jadi satu-satunya pilihan mereka adalah dengan mencari peluang pembelajaran melalui pusat pembelajaran berasaskan komuniti tidak formal yang disokong oleh UNHCR dan rakan kongsinya.

Antaranya Sekolah Fugee yang diasaskan bersama oleh ratu cantik Malaysia iaitu Deborah Henry.

Walau bagaimanapun, sumber pembelajaran adalah terhad dan ini menjejaskan tahap serta kualiti pendidikan yang boleh disediakan.

Sumber: Fugee School/ Instagram @deborahenry

Pada tahun 2022, Menteri Luar Saifuddin Abdullah mencadangkan penubuhan Yayasan Pendidikan Pelarian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi memudahkan dan membangunkan campur tangan dalam semua bidang berkaitan untuk pendidikan pelarian.

Beliau juga menegaskan keperluan untuk pentauliahan dan pengiktirafan antarabangsa bagi pensijilan, biasiswa, kursus penyambung serta tunjuk ajar untuk pelajar pelarian.


Siapa Sabrina Bahsoon?

Kalau anda nak tahu Sabrina merupakan rakyat Malaysia yang telah dibesarkan di dalam negara sebelum berpindah ke London ketika berusia 16 tahun bagi menuntut pengajian undang-undang di Durham University.

Sabrina dikenali sebagai seorang yang bertenaga dan berani untuk melakukan perkara yang dianggap ‘cringe’ oleh sesetengah pihak.

Sebelum ini, Sabrina telah tular di media sosial selepas dengan penuh berkeyakinan membuat banyak video di dalam gerabak ‘tube’ yang dipenuhi dengan orang ramai sambil merakamnya menggunakan telefon.

Antara jumlah tontonan tertinggi dalam video dimuat naik olehnya adalah sehingga melebihi 15.3 juta.

Sabrina Bahsoon. (Sumber: BBC)

Selepas melihat ramai yang mengikuti trend membuat video di dalam tren di khayalak ramai, Sabrina berharap gadis-gadis di luar sana menjadi lebih yakin dengan diri dan menghiraukan kata-kata masyarakat di sekeliling.

Gadis ‘Tube Girl London’ itu kini telah mendapat pelbagai tawaran dari jenama terkenal dan dunia permodelan seperti MAC Cosmetics, London Fashion Week serta dijemput ke Paris Fashion Week.

Baca Artikel Berkaitan: Trend ‘Tube Girl London’ Jadi Ikutan Anak Muda, Kenali Ikon TikTok Dari Malaysia Ini

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tube Girl London Luah Rasa ‘Nervous’ Buat Trend Di MRT Malaysia, Siap Ditemani Ibu Ayah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd