Now Reading
[Video] Tube Girl London Luah Rasa ‘Nervous’ Buat Trend Di MRT Malaysia, Siap Ditemani Ibu Ayah

[Video] Tube Girl London Luah Rasa ‘Nervous’ Buat Trend Di MRT Malaysia, Siap Ditemani Ibu Ayah

Gadis ‘Tube Girl’ bernama Sabrina Bahsoon itu berasa gementar untuk melakukan perkara sama di MRT Malaysia kerana bimbang dengan penerimaan masyarakat negara ini.

sabrina bahsoon tube girl mrt malaysia (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut ‘Tube Girl’, mesti ramai yang akan terfikir seorang gadis di kota London yang terkenal dengan dirinya membuat video TikTok di dalam pengangkutan awam.

Yang menjadikannya lebih ikonik adalah video berkenaan dirakam di khalayak ramai dan gadis bernama Sabrina itu langsung tidak menghiraukan pandangan orang terhadap dirinya.

Trend video tersebut kemudiannya telah tular di media sosial dan menjadi ikutan ramai anak muda di seluruh dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Trend ‘Tube Girl London’ Jadi Ikutan Anak Muda, Kenali Ikon TikTok Dari Malaysia Ini


Gadis ‘Tube Girl’ Buat Video Trend Sama Di MRT Malaysia

Baru-baru ini menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@sabrinabahsoon), gadis itu memberitahu bahawa dia kini berada di Malaysia selepas setahun setengah tidak pulang ke negara asalnya.

Dalam video berdurasi 1:46 minit, Sabrina menceritakan ibu bapanya adalah antara pemberi sokongan untuk dirinya merakam video trend ‘Tube Girl’ di dalam MRT Malaysia seperti mana dia melakukannya ketika di London.

Oleh kerana MRT di Malaysia tidak mempunyai ruangan yang memberikan kesan angin di dalam tren, bapa kepada Sabrina sanggup membawa mesin ‘wind blower’ bersama mereka untuk menjayakan video trend itu.

sabrina bahsoon tube girl mrt malaysia (1)
Sumber: TikTok @sabrinabahsoon

Sabrina juga meluahkan rasa gementar untuk melakukan aksi berkenaan di Malaysia kerana beranggapan masyarakat di negara ini akan merenung individu yang melakukan perkara pelik di khalayak ramai.

Saya rasa perbezaan paling ketara antara Malaysia dengan London adalah masyarakat di sini mereka tidak kisah, mereka akan pandang anda kalau anda buat sesuatu yang pelik. Dan saya akan buat benda pelik.

TikToker, Sabrina Bahsoon.

Gadis ‘Tube Girl’ ini juga berpendapat masyarakat Malaysia perlu mengamalkan sikap tidak mengendahkan apa yang orang lain mahu lakukan.

“Live your life,” kata Sabrina.

Selepas memasuki MRT bersama kedua ibu bapanya, Sabrina dilihat tidak segan merakam video trend ‘Tube Girl’ itu meskipun terdapat beberapa individu yang memandang ke arahnya.

Tetapi ada juga pengguna MRT lain yang tidak mempedulikan tindakan gadis berkenaan merakam video sambil berdiri di dalam tren.

Seorang wanita turut dilihat sempat merakam aksi Sabrina melakukan video tersebut ketika ayahnya menghidupkan ‘wind blower’ bagi memberikan kesan angin pada rambut.

https://www.tiktok.com/@sabrinabahsoon/video/7313211187867487506?lang=en

Kalau anda nak tengok macam mana video yang dihasilkan, boleh tonton di bawah.

https://www.tiktok.com/@sabrinabahsoon/video/7313479511465659666?lang=en

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Selepas Tonton Video ‘Tube Girl’ Di MRT Malaysia

Di ruangan komen video akhir itu, ramai netizen yang teruja selepas melihat gadis ‘Tube Girl’ tersebut melakukan semula trend berkenaan di MRT Malaysia.

Rata-rata netizen memuji Sabrina kerana keyakinannya melakukan perkara sedemikian selepas mengetahui sikap segelintir masyarakat di negara ini yang suka memandang jika seseorang melakukan perkara pelik.

Sesetengah pengguna media sosial turut menyambut kepulangan gadis ini dengan penuh teruja sambil memberikan ucapan ‘Welcome back’.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memberi cadangan agar Sabrina cuba merakam video sama semasa waktu puncak iaitu ketika orang ramai pergi atau pulang dari tempat kerja.

Sumber: TikTok

Sabrina Bahsoon aka ‘Tube Girl London’ Sebenarnya Rakyat Malaysia

Kalau anda nak tahu Sabrina merupakan rakyat Malaysia yang dibesarkan di Malaysia dan telah berpindah ke London ketika berusia 16 tahun bagi menuntut pengajian undang-undang di Durham University.

Tambahnya lagi, cuaca panas dan persekitaran yang tenang banyak mempengaruhi sepanjang tempoh membesar.

Sabrina dikenali sebagai seorang yang bertenaga dan berani untuk melakukan perkara yang dianggap ‘cringe’ oleh sesetengah pihak.

Sabrina Bahsoon. (Sumber: BBC)

Selepas melihat ramai yang mengikuti trend membuat video di khayalak ramai, Sabrina berharap gadis-gadis di luar sana menjadi lebih yakin dengan diri dan menghiraukan kata-kata masyarakat di sekeliling.

Gadis ‘Tube Girl London’ itu kini telah mendapat pelbagai tawaran dari jenama terkenal dan dunia permodelan seperti MAC Cosmetics, London Fashion Week serta dijemput ke Paris Fashion Week.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd