Now Reading
Trend ‘Tube Girl London’ Jadi Ikutan Anak Muda, Kenali Ikon TikTok Dari Malaysia Ini

Trend ‘Tube Girl London’ Jadi Ikutan Anak Muda, Kenali Ikon TikTok Dari Malaysia Ini

Gadis ‘Tube Girl London’ bernama Sabrina Bahsoon itu berkata faktor cuaca panas dan persekitaran tenang di Malaysia banyak mempengaruhi dirinya.

tiktok tube girl london sabrina bahsoon orang malaysia (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi mereka yang tinggal di lokasi agak jauh atau tidak mempunyai kereta persendirian, pengangkutan awam adalah ‘kenderaan’ yang menjadi pilihan untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Kadangkala boleh tahan kematu juga kalau duduk lama-lama dalam LRT atau MRT. Untuk mengelakkan kebosanan, kebanyakan pengguna pengangkutan awam akan bermain telefon atau mendengar lagu.

Tetapi pernah tak anda terjumpa dengan individu yang membuat video TikTok di dalam pengangkutan awam untuk mengisi masa lapang mereka?


Gadis Buat Video TikTok Di Dalam ‘Tube’ London Sehingga Tular

Namun lain pula cara seorang gadis bernama Sabrina Bahsoon ini untuk mengisi masa lapangnya ketika dalam perjalanan menaiki pengangkutan awam di London, United Kingdom.

Percaya atau tidak, gadis ini dengan penuh berkeyakinan membuat banyak video di dalam gerabak ‘tube’ yang dipenuhi dengan orang ramai sambil merakamnya menggunakan telefon.

Bukan video biasa-biasa ya kerana dia dilihat menari mengikut rentak lagu yang didengarnya.

Antara videonya telah tular di seluruh dunia sehingga meraih 15.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@sabrinabahsoon/video/7275432541472034056?_r=1&_t=8ftc0qrNJVR
@sabrinabahsoon

Had to post another one cuz the hair smacking my face on beat at the end was too good #tubegirl #water @Tyla

♬ Water – Tyla

Ramai Netizen Kagum Dengan Keyakinan Diri Yang Dimilikinya

Boleh dikatakan rata-rata netizen mengagumi keyakinan diri dimiliki oleh gadis tersebut. Ini kerana bukan semua orang berani untuk membuat video sepertinya lebih-lebih lagi di khalayak ramai.

Ada juga yang tertanya-tanya sama ada dia berasa segan atau tidak selepas habis membuat video TikTok itu.

Maklumlah, pasti ramai yang sedang melihat dia merakam video TikTok sambil menari dalam gerabak berkenaan.

Apa-apa pun, memang ‘slay’ betul!

Sumber: TikTok

Ramai Yang Mula Ikut Trend Buat Video ‘Tube Girl London’

Selepas tular beberapa video gadis berkenaan, dia telah digelar sebagai ‘Tube Girl London’ oleh warga netizen. Cuba anda search ‘Tube Girl London’, mesti akan keluar nama Sabrina Bahsoon.

Disebabkan trend ‘Tube Girl London’ kini menjadi trend, beberapa rakyat Malaysia juga dilihat berani dan yakin untuk melakukan video serupa di dalam pengangkutan awam.


Sabrina Bahsoon aka ‘Tube Girl London’ Sebenarnya Rakyat Malaysia

Kalau anda nak tahu Sabrina merupakan rakyat Malaysia yang dibesarkan di Malaysia, berpindah ke London ketika berusia 16 tahun dan telah menuntut pengajian undang-undang di Durham University.

Tambahnya lagi, cuaca panas dan persekitaran yang tenang banyak mempengaruhi sepanjang tempoh membesar.

Saya macam gadis Malaysia yang lain daripada dulu lagi. Malaysia adalah rumah saya. Sepanjang saya membesar, cuaca panas dan suasana yang santai di Malaysia banyak mempengaruhi diri saya.

Sabrina Bahsoon.
Sumber: BBC

Sabrina dikenali sebagai seorang yang bertenaga dan berani untuk melakukan perkara yang dianggap ‘cringe’ oleh sesetengah pihak.

Selepas melihat ramai yang mengikuti trend membuat video di khayalak ramai, Sabrina berharap gadis-gadis di luar sana menjadi lebih yakin dengan diri dan menghiraukan kata-kata masyarakat di sekeliling.

Gadis ‘Tube Girl London’ itu kini telah mendapat pelbagai tawaran dari jenama terkenal dan dunia permodelan seperti MAC Cosmetics, London Fashion Week serta dijemput ke Paris Fashion Week.

Sumber: BBC | TODAY | POPSUGAR | TikTok Sabrina Bahsoon


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd