[Video] Netizen Pertikai Tindakan Pelanggan Sanggup Beratur 6 Jam Demi Cromboloni Viral
Segelintir pelanggan telah beratur selama enam jam di sebuah bakeri sekitar Johor Bahru semalam (7 Januari) untuk membeli manisan viral iaitu Cromboloni.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Segelintir rakyat Malaysia cukup obses dengan makanan viral. Muncul sahaja satu kedai baru pasti ramai yang akan berpusu-pusu bagi mendapatkannya tidak kisahlah barangan atau makanan.
Malah ada juga yang sanggup berpanasan dan meluangkan masa berjam-jam beratur bagi memperoleh makanan viral itu. Senang cerita tidak mahu terlepas dengan trend.
Namun begitu, ada juga yang mengadu kecewa selepas tidak berpeluang untuk membeli makanan viral diingini akibat beberapa faktor seperti stok yang sudah habis.
Pelanggan Beratur 6 Jam Untuk Beli Cromboloni Viral
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @IrsyadAdanan) menyaksikan para pelanggan sedang beratur di sebuah kedai bakeri sekitar Johor Bahru.
Jelas Irsyad, orang ramai telah beratur dalam tempoh lama bagi mendapatkan satu jenis pencuci mulut yang menjadi bualan warganet pada ketika ini iaitu ‘Cromboloni’.
Difahamkan pada hari tersebut berlangsungnya jualan ‘Cromboloni Day’ buat penggemar manisan itu. Dalam terma dan syarat dinyatakan, pembelian hanyalah sah buat mereka yang ‘walk-in’, ‘first come first serve’ dan tiada limit Cromboloni untuk setiap individu yang membeli.

Namun begitu, lain pula yang terjadi apabila para pelanggan kecewa selepas pembelian Cromboloni diterhadkan kepada dua keping sahaja untuk seorang.
Apa yang membuatkan orang ramai lebih berang adalah ada segelintir daripada mereka menghabiskan masa selama enam jam bagi mendapatkan manisan tular itu.
PIC Perjelas Sebab Mereka Terhadkan Jualan Cromboloni
Menerusi video tersebut, orang bertanggungjawab (PIC) bakeri itu telah tampil memperjelaskan perkara sebenar kepada pelanggan yang kepenatan menunggu.
Menurutnya, staf bakeri tidak ramai sehingga menyebabkan mereka kurang mendapatkan rehat yang mencukupi.
Selain itu, dia juga memaklumkan bahawa pembeli peribadi (personal shopper) sudah membuat tempahan awal dalam tempoh masa yang lama bagi mendapatkan Cromboloni dijual pada hari berkenaan.
Berasa tidak puas hati dengan alasan diberikan, orang ramai telah mengecam tindakan pihak bakeri dan berkata ‘Cromboloni Day’ tidak seharusnya dianjurkan.
“Kalau macam itu tak perlulah uar-uarkan. Buat ‘Cromboloni Day’ untuk PS (personal shopper) je,” kata seorang wanita.
Keadaan menjadi kecoh apabila kedua-dua pihak mula bertegang urat dengan pendapat masing-masing.
“Kalau saya tak uar-uarkan, nombor satu korang juga yang marah sebab tak dapat beli betul tak? Betul tak!?” jawab lelaki itu dalam nada marah.
Beratur 6 jam dari pukul 8.40 sampai 2.40 ptg. As claimed customer bleh beli unlimited pcs. Tpi disebabkan PS dtg awal, dierang yg dpt sapu dulu and end up cust yg beratur lama dpt beli limited 2pcs per flavor je. pic.twitter.com/MW7EXbXR1I
— Irsyad (@IrsyadAdanan) January 7, 2024
Netizen Pertikai Orang Ramai Yang Sanggup Beratur 6 Jam Untuk Beli Cromboloni
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen mempertikai dan mengecam para pelanggan yang sanggup meluangkan masa mereka berjam-jam bagi mendapatkan manisan viral itu.
“Satu je nak cakap, yang beratur ni macam tiada makanan lain. Banyak betul masa korang jadi ‘hamba’ makanan,” jelas seorang lelaki.

Malah ada juga di kalangan pengguna laman X yang berkata dia akan membeli Cromboloni itu selepas tempoh viral semakin reda bagi mendapatkan makanan tanpa perlu menunggu lama.
“Aku pun teringin nak rasa juga. Tetapi bila tengok beratur sampai begini dan siap ada PS, aku rasa baik la tunggu setahun atau dua reda sikit baru nak makan (Cromboloni). Nampak que panjang memang aku auto balik,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ada juga netizen berpendapat bahawa orang ramai tidak seharusnya menyokong perniagaan seseorang usahawan yang meninggikan suara kepada pelanggan tersebut.

UAI Pernah Ulas Tentang Isu Pelanggan Beratur Lama Untuk Makanan Viral
Terdahulu, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus pernah tampil bersuara tentang isu orang ramai yang sanggup beratur lama bagi mendapatkan makanan viral.
Ustaz Azhar Idrus menyatakan perasaan kurang senang dengan tindakan masyarakat yang dikatakan membuang masa beratur sehari sebelum premis jualan dibuka.
Jelasnya, tindakan orang ramai yang beratur lama itu merupakan salah satu penyakit akhir zaman dan ia berlaku kerana masyarakat terlalu mengejar kepada perkara viral dan populariti.
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Kita Kelaparan 6 Tahun” – Ustaz Azhar Idrus Bidas Netizen Sanggup Beratur Lama Untuk Beli Makanan Viral
Baca Artikel Berkaitan: “Sampai RM15 Seketul” – Peniaga Jual Cromboloni Tapi Macam Roti Bom Bikin Ramai Geram
Baca Artikel Berkaitan: “Time Order Tak Fikir Masalah Kewangan” – Personal Shopper Bengang Pelanggan Batal Order, Siap Balas Dengan Biadap
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram