Now Reading
“Time Order Tak Fikir Masalah Kewangan” – Personal Shopper Bengang Pelanggan Batal Order, Siap Balas Dengan Biadap

“Time Order Tak Fikir Masalah Kewangan” – Personal Shopper Bengang Pelanggan Batal Order, Siap Balas Dengan Biadap

Bukan setakat membalas dengan biadap, pelanggan itu juga menyekat ‘personal shopper’ itu di dalam aplikasi Telegram.

_Time Order Tak Fikir Masalah Kewangan_ - Personal Shopee Bengang Pelanggan Balas Mesej Dengan Biada (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Zaman sekarang ini, ada pelbagai jenis pekerjaan yang boleh dilakukan untuk mencari pendapatan sampingan.

Selain berniaga atau terlibat dalam gig ekonomi, ada juga masyarakat yang memilih untuk menjadi ‘personal shopper’ yang akan membelikan barangan tertentu mengikut pesanan pelanggan mereka.

Kebiasaannya, ‘personal shopper’ ini akan beratur di kedai-kedai yang membuat jualan murah atau mempunyai keluaran terbahar serta koleksi edisi terhad seperti Typo X Barbie yang tular baru-baru ini.

BACA JUGA: [Video] Pelanggan Berebut Nak Beli Koleksi Typo x Barbie, Sampai Ada Cawan Jatuh Pecah!

BACA JUGA: Malaysian Man Makes Over RM30K As Personal IKEA Food Runner After Switching Careers Due To MCO


‘Personal Shopper’ Dilayan Dengan Biadap Lepas Pelanggan Tak Jadi Beli Barangan Jualan

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh ‘personal shopper’ di laman Twitter miliknya (@syervw), wanita ini meluahkan rasa kecewa selepas salah seorang pelanggannya membalas mesej dengan cara agak biadap.

Pada awalnya, pelanggan tersebut memberitahu bahawa dia mahu membeli satu botol minyak wangi jenama Victoria Secret yang sedang membuat promosi harga murah berjumlah RM44 sahaja.

Pada keesokan harinya, wanita yang berkerja sebagai ‘personal shopper’ itu meminta resit bukti pembayaran kepada pelanggan berkenaan.

Tetapi lain pula yang berlaku apabila pelanggan memberitahu dia tidak jadi untuk membeli minyak wangi tersebut dan secara tiba-tiba menegur wanita berkenaan bahawa semua orang mempunyai masalah kewangan.

Bukan setakat itu sahaja, dia siap ‘block’ wanita itu ya di Telegram selepas membalas mesej tersebut.

Remove ler. Semua orang ada masalah kewangan. Bukan kayo. Sian kau. Caw.

Pelanggan.

Tindakan pelanggan itu sudah pasti mengejutkan wanita berkenaan dan menasihatinya untuk tidak berkelakuan sedemikian dengan ‘personal shopper’ yang lain.

Pada masa yang sama, dia turut mendoakan agar ‘personal shopper’ di luar sana untuk terus tabah apabila berhadapan dengan pelanggan seperti ini.


Netizen Pun Geram Tengok Kelakuan Pelanggan Yang Biadap Dengan ‘Personal Shopper’

Selain ‘personal shopper’ itu, netizen lain yang turut membaca perbualan mereka menerusi gambar dimuat naik dalam ciapan tersebut juga meluahkan rasa bengang dengan sikap biadap pelanggan berkenaan.

Malah, ada juga sesetengah ‘personal shopper’ yang mahu menyekat pelanggan tersebut dari dalam group jualan mereka.


Adab Ketika Membeli Dengan ‘Personal Shopper’

Kalau anda duduk berjauhan dengan lokasi kedai atau tidak mempunyai masa untuk keluar membeli barangan yang ingin dimiliki, ‘personal shopper’ boleh membantu.

Sebagai pelanggan, anda juga perlu beradab dengan ‘personal shopper’ kerana mereka sama seperti peniaga yang lain dan bukannya orang suruhan anda.

Antara adab yang perlu diamalkan ketika membeli barangan dari ‘personal shopper’:

  • Memperkenalkan diri terlebih dahulu untuk membolehkan ‘personal shopper’ mengenali pelanggan mereka.
  • Memaklumkan barangan yang ingin dibeli.
  • Terus membuat pembayaran selepas memastikan barangan yang ingin dibeli masih ‘available.
  • Menghantar resit pembayaran dengan segera.
  • Mengucapkan terima kasih kerana servis yang ditawarkan.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd