Now Reading
Isteri Selamba Umum Suami Curang Di Billboard TTDI, Netizen Anggap Ia Hanya ‘Marketing’

Isteri Selamba Umum Suami Curang Di Billboard TTDI, Netizen Anggap Ia Hanya ‘Marketing’

Wanita bernama Shin Yi itu telah mendedahkan nama suaminya dan mendakwa pasangannya telah curang dengan wanita lain di Jerry Coworking Space TTDI.

dedah suami curang billboard TTDI

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes curang yang berlaku tidak kiralah melibatkan individu biasa mahupun influencer atau artis tempatan.

Boleh dikatakan topik curang ini mengundang perdebatan dalam masyarakat terutamanya dalam golongan wanita sehingga ada individu yang mula tidak mempercayai pasangan mereka.

Walaupun perkara sebegini sering terjadi angkara ‘orang ketiga’, tetapi ia tidak akan berlaku sekiranya individu terbabit tidak memulakannya terlebih dahulu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kongsi Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Para Suami Wajib Tahu


Isteri Dipercayai Selamba Dedah Suami Curang Pada Papan Iklan Di TTDI

Berbicara tentang kes curang, baru-baru ini seorang wanita dipercayai telah menyewa papan iklan digital di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk membongkar sikap suaminya yang dipercayai berlaku curang.

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @timothytiah), si isteri yang bernama Shin Yi itu telah mendedahkan nama suaminya dan mendakwa pasangannya telah curang dengan wanita lain di Jerry Coworking Space TTDI.

Dakwanya lagi, perbuatan curang itu berjaya dirakam menerusi video.

“Saya nampak awak di Jerry Coworking Space TTDI! Ada video, lain kali pilih bilik yang tak bertingkap,” kata Shin Yi.

Wanita ini juga mengingatkan suaminya agar tidak menghubunginya dan menunggu panggilan dari peguam untuk menuntut perceraian.


Netizen Anggap Pendedahan Kes Curang Itu Strategi Pemasaran

Rata-rata netizen yang melihat gambar papan iklan tentang kes curang itu menganggap ia adalah salah satu strategi pemasaran yang digunakan oleh Jerry Coworking Space TTDI.

Sekiranya betul ia cuma ‘marketing’ semata-mata, mereka memberi pujian kerana menggunakan teknik bijak untuk menarik perhatian ramai.

Namun, ada juga netizen yang masih ragu-ragu sama ada pendedahan tersebut adalah benar atau palsu.

Dalam pada itu, netizen turut berharap agar si isteri itu terus kuat untuk menuntut perceraian selepas tindakan suaminya yang berlaku curang.

DISCLAIMER: Hasil carian kami di Internet mendapati bahawa individu yang memuat naik ciapan tersebut iaitu Timothy Tiah adalah pemilik Jerry Coworking Space TTDI yang merupakan anak syarikat kepada Colony Coworking Space.

Sumber: X (Twitter)

Syarikat Yang Pernah Terpampang Pada Papan Iklan Digital

Papan iklan digital adalah salah satu teknologi baharu yang boleh menyiarkan visual untuk mempersembahkan produk dan jenama anda di lokasi tumpuan ramai.

Antara lokasi papan iklan digital yang terkenal di Malaysia adalah di Pavilion Bukit Bintang dan juga berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas KLCC.

Antara syarikat yang pernah menyewa papan iklan digital itu adalah seperti Samsonite, Spotify dan Bulan Bintang.

Selain itu, papan iklan tersebut juga popular di Times Square, New York, Amerika Syarikat sehinggakan ada TikToker Malaysia yang sanggup menyewanya dengan kos RM183 untuk iklan berdurasi 15 saat.

Baca Artikel Berkaitan: Koleksi Samsonite Minter Muncul Dalam 3D Di Pavilion Elite & CuBig KLCC Junction

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Lemak Village Park Terpampang Di Papan Digital Times Square New York!

Baca Artikel Berkaitan: TikToker Malaysia Dedah Kos Bayar Papan Iklan 15 Saat Di Times Square, New York


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd