Now Reading
[Video] Doktor Kongsi Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Para Suami Wajib Tahu

[Video] Doktor Kongsi Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Para Suami Wajib Tahu

Doktor Samhan memberikan perkongsian ini susulan kes curang di Malaysia yang kian meningkat dan menjadi bualan ramai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, isu keruntuhan rumah tangga kerana sikap curang terhadap pasangan sering kali timbul seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Walaupun perkara sebegini berlaku angkara wujudnya orang ketiga atau lebih popular digelar ‘penyondol’, tetapi ia tetap tidak akan berlaku sekiranya individu terbabit tidak melayan atau memulakannya terlebih dahulu.

“It takes two tango to tango”

Isu sebegini sememangnya sesuatu hal yang serius, kerana penyelesian masalah tidak hanya berakhir dengan penceraian sahaja, namun kesihatan mental pasangan dan anak-anak akibat ibu bapa berpisah juga boleh terjejas.

Susulan itu, pakar kesihatan terkenal, Doktor Ahmad Samhan berkongsi kesan yang akan dialami oleh isteri atau pasangan yang menghadapi situasi dicurangi.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun miliknya, Doktor Samhan memberikan perkongsian ini susulan kes curang di Malaysia yang kian meningkat dan menjadi bualan ramai.

Tanpa berlengah lagi, ini 7 kesan mental yang akan dihadapi oleh pasangan:

1. Rasa sakit dah hilang kepercayaan

Cukup sekadar mendengar cerita nasib orang yang dicurangi oleh pasangan, pasti sakitnya itu turut terasa di hati bukan sehingga anda akan merasa perlu berjaga-jaga dalam memilih pasangan

Namun, kesan mental itulah yang dilalui isteri bahkan lebih pedih lagi sehingga hilang kepercayaan pasangan atau mana-mana individu lain.

2. Rasa marah, benci dan dikhianati

Mana mungkin ada pasangan yang masih boleh tersenyum gembira atau sabar sahaja apabila menghadapi situasi dicurangi, setinggi-tinggi kesabaran pasti boleh hancur dengan dugaan sebegini.

Oleh itu, antara kesan mental lain yang boleh dihadapi oleh pasangan adalah rasa marah, benci dan berasa bahawa pasangannya telah mengkhianati kepercayaan dan cinta yang diberikan.

3. Rasa risau dan takut untuk teruskan hubungan

Percaya atau tidak, dalam kes curang sebegini, ada segelintir individu yang menghadapi situasi trauma sehingga takut untuk meneruskan hubungan meskipun pasangan sudah berjanji tidak mengulanginya lagi.

Oleh yang demikian, perasaan risau dan takut untuk meneruskan hubungan juga antara kesan mental lain yang akan dilalui oleh pasangan.

4. Gangguan tidur dan hilang selera makan

Walaupun tidak semua yang menghadapi kesan ini, tetapi kebanyakkan individu pasti akan berasa hilang selera makan serta susah untuk tidur.

Kesan ini berlaku kerana otak yang terlalu banyak berfikir serta tertanggu dengan apa yang telah berlaku.

5. Gangguan kesihatan mental

Selain daripada susah untuk tidur dan hilang selera makan, gangguan mental seperti depresi, kecemasan, dan stres pasca-trauma juga antara kesan lain yang akan dilalui oleh isteri.

Kesan mental ini amatlah berbahaya kerana seseorang yang gagal berfikir secara waras mampu melakukan apa sahaja yang boleh memudaratkan dirinya atau orang di sekeliling.

6. Gangguan hubungan suami dan isteri

Antaran kesan mental lain yang akan dirasai oleh wanita setelah mengetahui pasangannya curang semestinya gangguan hubungan suami dan isteri.

Ini kerana fikiran yang susah untuk melupakan dan sentiasa teringat akan kesalahan yang dilakukan oleh suami.

7. Kesulitan untuk memaafkan suami

Walapun mulut cakap ‘ya’ tapi boleh jadi sebaliknya di hati, kesukaran untuk memaafkan pasangan curang secara ikhlas bukannya mudah terutama bagi isteri yang pernah memberi peluang kedua kepada suaminya.

Oleh itu, kesulitan untuk memaafkan suami merupakan antara kesan mental lain yang mungkin dihadapi oleh isteri.

https://www.tiktok.com/@dr.samhan/video/7222865752557210881

Untuk video penuh tekan link di sini.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd