‘Tauke’ Nasi Lemak Serang Peniaga Kedai Sebelah Sebab Bengang Jual Menu Sama Kini Disaman
Peniaga nasi lemak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) itu sanggup menghalau dan mengugut pemilik gerai sebelah untuk tidak menjual di kawasan sekitar mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Hidangan nasi lemak merupakan menu popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Boleh dikatakan ramai yang memilih juadah ini sebagai sarapan pagi mereka sebelum memulakan hari di tempat kerja atau bersama keluarga di rumah.
Hidangan nasi lemak sememangnya mendapat sambutan hangat di mana-mana sahaja. Jadi tidak hairanlah sekiranya ada banyak gerai yang menjual menu sama di kawasan berhampiran.
Peniaga Bengang Kedai Sebelah Berniaga Menu Sama Iaitu Nasi Lemak
Tetapi lain pula yang berlaku kepada seorang peniaga ini apabila dia dikatakan telah diserang oleh pemilik gerai nasi lemak yang turut menjual menu sama di kawasan berhampiran.
Difahamkan, peniaga yang diserang itu baru sahaja memulakan bisnes miliknya di lokasi tersebut selama satu bulan.
Dalam kejadian berkenaan, seorang wanita yang agak berusia dilihat menyerang peniaga baharu di kawasan itu kerana tidak puas hati selepas mendapati ada pesaing yang turut menjual nasi lemak seperti mereka.
Malah wanita tersebut bersama seorang lelaki juga memetik nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai percubaan mereka untuk menghalau dan menakut-nakutkan pemilik gerai terbabit.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga memarahi peniaga itu yang beristighfar kerana bengang dengan situasi yang sedang berlaku.
Lebih mengejutkan lagi, mereka turut mengugut peniaga berkenaan untuk tidak berniaga lagi di lokasi tersebut mulai esok harinya.
Esok aku tak nak tengok nasi lemak kat sini lagi! Faham tak?
Peniaga nasi lemak.
Pertelingkahan melibatkan dua peniaga ini yang dipercayai berlaku di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) sempat dirakam oleh salah seorang peniaga tetapi video asalnya telah dipadam.
Namun rakaman tersebut telah tular selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter (@emrhqm).
“Besok aku taknak tgk nasi lemak kat sini!”
— Haqim (@emrhqm) October 11, 2022
Ni la definisi melayu dengki. Tak boleh tgk org lain berniaga benda sama. Kat TTDI ni, depan vads pic.twitter.com/hoNwXhsyZI
Wanita Yang Menyerang Peniaga Nasi Lemak Diserbu Pihak Berkuasa
Menurut sumber dari media sosial, premis perniagaan wanita yang menyerang peniaga nasi lemak itu telah diserbu dan disaman oleh beberapa pegawai dari pihak berkuasa hari ini. (12 Oktober).
AHHAHAAHAHAH makcik semalam kena angkut wei ajaq pala pic.twitter.com/oaxhkzNZ3K
— Faiz (@FaizSyazwann) October 12, 2022
Ramai Bengang, Tak Sangka Ada Peniaga Dengki Sampai Macam Itu
Video yang telah tular itu mendapat perhatian orang ramai dan rata-ratanya memberi reaksi kurang senang dengan sikap dengki wanita tersebut yang sanggup menghalau peniaga lain demi kepentingan dirinya.
Malah, pengguna media sosial yang lain turut mengingatkan tentang pemberian rezeki dari Tuhan yang berbeza kepada setiap individu.
Tak salah pun nak berniaga benda sama. Yang penting kita percaya dengan rezeki Tuhan dan berniagalah dengan cara sebetulnya.
Semoga kejadian ini dapat mendidik peniaga lain agar bertoleransi dengan mereka yang turut mencari rezeki halal.
BACA JUGA: [Video] Peniaga Bundle Geram Siap Koyak Baju Jualan Lepas Pelanggan Bida Harga Rendah
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.