Now Reading
[Video] Peniaga Bundle Geram Siap Koyak Baju Jualan Lepas Pelanggan Bida Harga Rendah

[Video] Peniaga Bundle Geram Siap Koyak Baju Jualan Lepas Pelanggan Bida Harga Rendah

Peniaga berdialek Kelantan itu bengang sehingga mengoyakkan baju budle jualannya kerana geram pembeli membida dengan harga murah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dengan adanya kemudahan Internet serta platform media sosial, segala jenis perniagaan boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Ada yang menjual melalui platform Shopee, Lazada, Carousell dan sebagainya. Malah peniaga juga menjadikan feature ‘live’ di Instagram serta TikTok sebagai salah satu ruang bagi mereka mempromosikan perniagaan.

BACA JUGA: Trend ‘Cedok-cedok’ Viral, Apa Hukum Sebenar Jual Beli Sebegini?

Peniaga bengang pelanggan minta harga murah

Baru-baru ini, tular satu video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@tembaktar) menunjukkan seorang peniaga berkomunikasi dalam dialek Kelantan bertindak agresif ketika sedang melakukan siaran langsung sambil menjual pakaian bundle.

Dalam video tersebut, peniaga berkenaan meluahkan rasa geram kepada para penonton selepas rata-rata pembeli membida harga yang lebih rendah daripada jangkaan.

Bengang dengan tawaran harga pembelinya yang dianggap tidak berpatutan, lelaki tersebut berang sehingga bertindak mengoyakkan beberapa helai pakaian sambil mengeluarkan kata-kata kesat ketika siaran langsung.

Video tersebut telah meraih 1.2 juta jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@tembaktar

Ujian dalam mencari rezki .. allah nk bagi yg lebih baik.. bersyukur pada rezki allah.. #tiktokmalaysia #bundlemalaysia #sellermarah #fyp #fypシ

♬ original sound – tembaktar – 6 to 6

Orang ramai anggap peniaga kena belajar erti rezeki dari Tuhan

Tindakan luar kawalan yang dilakukan oleh peniaga berkenaan membuatkan orang ramai mempersoalkan perlakuannya itu.

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat dia tidak sepatutnya berniaga menggunakan kaedah bidaan sekiranya tidak mampu untuk menerima tawaran harga rendah daripada pelanggan.

Malah ada juga yang sempat mengingatkan peniaga itu agar percaya dengan rezeki diberikan oleh Tuhan.

Harapnya perkara ini menjadi pengajaran kepada para peniaga di luar sana ketika melakukan pernigaan secara atas talian. Walaupun sikit, tetapi itu juga rezeki daripada Tuhan, betul tak?

BACA JUGA: “Jangan Tahan Lapar..” – Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma Untuk Pelajar Yang Tak Cukup Duit Belanja


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd