Now Reading
Koleksi Samsonite Minter Muncul Dalam 3D Di Pavilion Elite & CuBig KLCC Junction

Koleksi Samsonite Minter Muncul Dalam 3D Di Pavilion Elite & CuBig KLCC Junction

Koleksi Samsonite Minter ini boleh didapati dalam 3 saiz dan dijual dengan harga RM1,659, RM1,829 dan RM1,999.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Samsonite jemput semua orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman Koleksi Minter 3D di Pavilion Elite dan CuBig KLCC Junction bermula dari 1 hingga 30 November 2023. Pengalaman ini akan membawa anda memasuki dunia pengembaraan dengan sentuhan lebih mewah.

Ada tiga (3) warna menarik iaitu ivory, merah, dan navy*, dengan design sleek dan aluminium melengkung, papan iklan 3D ni tunjuk bagasi dengan ciri-ciri kemas dan selamat, khas untuk mereka yang suka travel.

Lokasi: CuBig KLCC Junction
Lokasi: CuBig KLCC Junction

Luaran Mewah & Berkualiti Tinggi

Roda Suspensi Aero-TracTMII mempunyai sistem smooth untuk mengurangkan bunyi dan gegaran. Ada juga cangkuk gantung di bahagian hadapan dan keselamatan turut ditingkatkan dengan kunci gabungan TSA008 dan zip anti-kecurian.

Lokasi: CuBig KLCC Junction

Bahagian luaran mewah dilengkapi bahagian dalam dilindungi sepenuhnya oleh lapisan jacquard berkualiti tinggi, dibina menggunakan bahan RECYCLEX™ diperoleh daripada bahan PET 100% kitar semula, membolehkan pengembara mengurangkan jejak karbon ketika travel.

Lokasi: CuBig KLCC Junction

Badan koleksi ini boleh dipanjangkan diikuti dengan pembahagi yang boleh ditanggalkan melengkapkan lagi bahan koleksi ini.

Pengurus Besar Samsonite Malaysia, Ambert Khoo berkata, “Keanggunan dan fungsi koleksi Minter adalah sesuatu yang kami cukup teruja untuk kongsikan dengan semua orang.

Lokasi: Pavilion Elite

“Walaupun ia tidak sama dengan melihat dan menelitinya sendiri, kami percaya papan iklan 3D ini benar-benar menunjukkan keseronokan mengembara serta mempamerkan reka bentuk dan penelitian terhadap perincian yang diberikan terhadap rangkaian ini.

“Kami berharap rakyat Malaysia menikmati papan iklan itu sama seperti kami menikmati menciptanya dan kami berharap untuk melihat anda memilih Minter untuk pengembaraan anda yang seterusnya,” jelasnya.


Koleksi Samsonite Minter Boleh Didapati Dalam 3 Saiz

Koleksi ini boleh didapati dalam 3 saiz dan dijual dengan harga RM1,659, RM1,829 dan RM1,999.

  1. 55cm
  2. 69cm
  3. 75cm

[SAMSONITE]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd