Now Reading
[Video] “Contoh Baik” – 2 Pelanggan Restoran Bersihkan Sisa Makanan Di Meja Orang Lain Raih Pujian

[Video] “Contoh Baik” – 2 Pelanggan Restoran Bersihkan Sisa Makanan Di Meja Orang Lain Raih Pujian

Mereka yang baru sahaja selesai menjamu selera di kedai Kopi Kueh Port di Port Dickson itu dilihat telah membersihkan meja mereka diikuti dengan sisa makanan di meja orang lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menjaga kebersihan kawasan persekitaran merupakan tanggungjawab bersama dalam kalangan masyarakat.

Malah, budaya membersihkan sisa makanan sendiri khususnya apabila berada di kedai makan juga perlulah dijadikan satu amalan.

Seperti baru-baru ini, satu pasangan pelanggan di sebuah restoran telah menunjukkan akhlak terpuji apabila mereka tidak membiarkan makanan bersepah di atas meja.


Pelanggan Tak Berkira Bersihkan Sisa Makanan Orang Lain Di Kedai Makan

Tular satu perkongsian di laman TikTok (@kopidankueh) menyaksikan pasangan tersebut yang sedang menjamu selera di kedai makan Kopi Kueh Port Dickson, Negeri Sembilan membersihkan meja mereka sejurus selepas selesai makan.

Namun perkara yang mengundang perhatian ramai adalah salah seorang daripada mereka telah membersihkan sisa makanan yang terbiar di hadapan meja makannya.

Menerusi klip video kamera litar tertutup (CCTV) berkenaan, mereka bukan sahaja mengangkat sisa makanan masing-masing malah telah mengatur semula kedudukan meja dan bangku kepada keadaan asal.

Selepas itu, mereka telah membawa ‘tray’ yang berisi sisa makanan tersebut ke kaunter restoran. Dalam erti kata mudah, mereka telah memudahkan urusan pekerja kedai makan berkenaan.

https://www.tiktok.com/@kopidankueh/video/7309436522015591687?_r=1&_t=8hzrGvdrBNX

Reaksi Netizen Lihat Sikap Pasangan Yang Bersihkan Sisa Makanan Orang Lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah memuji tindakan pasangan tersebut yang tidak berkira dalam menjaga kebersihan.

“Saya respect dengan customer macam ni. Customer saya pun siap angkat pinggan lepas makan dan pergi ke dapur,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, seorang individu dipercayai kenalan pasangan itu berkata mereka berasal daripada negara jiran iaitu Singapura.

Sumber: TikTok (@kopidankueh)

Jelas beberapa pengguna TikTok, tindakan tersebut merupakan satu kebiasaan buat warga Singapura kerana amalan sedemikian telah diterapkan di negara mereka.

“Itu sikap warga Singapura. Sebab di Singapura, mereka mempunyai peraturan di mana mereka perlu membersihkan meja selepas makan,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa tingkah laku seperti itu perlu dijadikan contoh oleh orang ramai.

“Contoh yang baik, semoga jadi ikutan,” jelas seorang wanita.

Semoga perkongsian ini dijadikan teladan dan akan dicontohi orang ramai agar tidak membiarkan sisa makanan atau sampah sarap masing-masing.

Sumber: TikTok (@kopidankueh)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Awam Tolong Pemuda Pakaikan Tali Leher Buat Ramai Terharu

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Terharu Lihat Murid Baik Hati Bantu Anaknya Angkat Beg Sekolah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd