Now Reading
Tampil Lebih Yakin, Wanita Ini Kongsi Kelebihan Belajar Di Sekolah Semua Perempuan

Tampil Lebih Yakin, Wanita Ini Kongsi Kelebihan Belajar Di Sekolah Semua Perempuan

Bekas penuntut di Sultan Ibrahim Girls School (SIGS) berkata, pelajar-pelajar dari sekolah semua perempuan lebih cenderung untuk mempunyai keyakinan tinggi dan lebih berani.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti yang kita tahu, Malaysia menawarkan pelbagai jenis pendidikan dan sekolah kepada golongan muda.

Antaranya adalah sekolah kluster, sekolah wawasan, sekolah berasrama penuh dan banyak lagi. Malah, banyak juga sekolah berasrama penuh yang terdiri daripada murid sama jantina.

Namun adakah anda tahu bahawa sekolah sama jantina ini mempunyai kebaikannya tersendiri untuk perwatakan dan kelakuan si murid?


Wanita Kongsi Pengalaman Sekolah Di Sekolah Semua Perempuan

Baru-baru ini seorang individu menerusi ciapan di laman X (Twitter @SyazanaMI) telah berkongsi beberapa kelebihan, pengalaman dan pendapatnya tentang kelakuan golongan wanita selepas menuntut di sekolah semua perempuan (all-girls school).

Wanita yang pernah bersekolah di Sultan Ibrahim Girls School (SIGS), Johor Bahru itu berkata, sekolah sama jantina mempunyai kebaikannya tersendiri di mana golongan perempuan akan berasa lebih yakin dan berani untuk berdepan dunia luar.

Sifat keyakinan yang tinggi itu boleh dilihat apabila seseorang sedang membuat pembentangan atau bercakap di depan orang ramai.

Hal ini kerana mereka tidak perlu berasa tertekan kerana mempunyai rakan sekelas yang sama jantina.

“Tak payah takut kena ejek, gelak, control suara, kawal lenggok tubuh sebab semua perempuan,” ulasnya.

Malah, seperti yang umum sedia maklum, ianya adalah normal apabila golongan remaja melalui fasa akil baligh sekitar umur belasan tahun.

Oleh disebabkan fasa itu, mereka akan mengalami hormon yang tidak teratur seperti perubahan fizikal, mempunyai jerawat di muka, haid dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Kini Tiba Masanya Untuk ‘Normalise’ Haid Wanita

Justeru, Syazana berkata murid di sekolah semua perempuan tidak akan berasa segan kerana hampir kesemua daripada mereka mengalami perkara yang sama.

“Bila sekolah ada lelaki, kain sekolah dah lah warna biru cair, baju sekolah warna putih. Kalau bocor, malu dan takut kena ejek,” katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Facebook Kolej Tunku Kurshiah

Reaksi Netizen Terhadap Pandangan Syazana

Menjengah ke ruangan balas, ramai juga warganet yang dilihat telah berkongsi pengalaman mereka ketika di sekolah.

Menurut seorang wanita, dia bersetuju dengan kenyataan Syazana namun terdapat sedikit kekurangan apabila dia masuk ke sekolah semua perempuan.

“Setuju, tetapi kekurangan dia jadi kekok bila nak bercakap dengan lelaki,” katanya.

Ada juga yang berkata bahawa rakan-rakannya yang pernah menuntut di sekolah jenis sama jantina mempunyai perwatakan positif.

“Aku ada beberapa kawan daripada sekolah Maahad dan all-girls school. Semuanya kongsi karakter yang sama, yakin, positif dan tidak toksik,” ujar seorang netizen.

Malah, ada juga yang berkata bahawa wanita daripada sekolah semua perempuan adalah lebih matang daripada individu lain.

“Rata-rata kawan saya dari sekolah perempuan memang mostly outspoken. Lebih matang, reti buat keputusan dan pandai lead group masing-masing,” jelas seorang wanita.

Sumber: X (@SyazanaMI)

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Kelebihan Sambung ‘Master’ Dalam Bidang Pendidikan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd