Now Reading
Kini Tiba Masanya Untuk ‘Normalise’ Haid Wanita

Kini Tiba Masanya Untuk ‘Normalise’ Haid Wanita

Dalam kes teruk, kemiskinan haid boleh bermaksud perempuan yang masih bersekolah terpaksa ponteng, dan wanita yang bekerja tidak akan dapat turun ke tempat kerja semasa datang haid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kotor, jijik, malu, bahkan takut; adalah beberapa perasaan yang digambar serta dikaitkan dalam tempoh haid buat seorang wanita.

Sejarah pantang larang haid telah lama wujud dan hampir semua budaya mempercayainya. Malah, sebilangan besar masyarakat di dunia menganggap haid wanita sebagai ‘najis’ dan mencadangkan wanita-wanita ini untuk mengasingkan diri pada bulan itu.

Stigma tersebut malangnya terus wujud dan ketara. Malah, para wanita juga mula timbul rasa malu yang membuatkan mereka memilih untuk bergelut dalam diam.

Selepas 100 tahun pemasaran produk tuala wanita, jenama-jenama produk ini masih giat berusaha tentang hal penerimaan ‘haid’ di kalangan masyarakat

Dalam satu visual yang dikeluarkan oleh pihak pemasaran dan penerbitan industri periklanan Campaign Asia, pemasaran produk rawatan feminin dipenuhi eufemisme yang memalukan.

Kredit: Campaign Asia

Sebagai contoh, iklan Tampax dari tahun 1936 memasarkan tampon sebagai peranti yang ‘dipakai secara dalaman’.

Kekaburan dalam pemasaran produk penjagaan wanita yang berlanjutan selama beberapa dekad yang menggunakan frasa seperti; “keselesaan sepenuhnya”, “bebaskan diri untuk menjadi diri sendiri”, “selamatkan hari pantai anda” adalah merujuk kepada haid wanita.

Namun, pada tahun 1985, Courtney Cox telah berjaya menggunakan perkataan ‘period’ dalam satu iklan TV.

Terima kasih Monica Courtney, semua frasa yang sukar difahami akhirnya didedahkan.

Dan pada ketika itu juga, kanak-kanak perempuan masih enggan bercakap mengenai haid.

‘Normalise’ haid dengan pelancaran #PeriodEmoji

Kekurangan perbualan tentang haid ini menyebabkan ‘period poverty‘ ataupun kemiskinan haid.

Period poverty‘ ini didefinisikan sebagai kekurangan akses kepada produk tuala wanita oleh kerana kekangan kewangan. Malah, ianya mempunyai kaitan dengan persepsi diri dan kesihatan mental.

Di Malaysia, misalnya; sebungkus tuala wanita berisi 16 keping berharga sekitar RM10, dan sebungkus tampon berisi 16 keping berharga RM28.

Walaupun haid adalah fungsi semulajadi bagi kanak-kanak perempuan apabila mereka mencapai usia baligh, produk tuala wanita sering dianggap sebagai bukan keperluan asas.

Maksudnya, keluarga yang pendapatannya terjejas akibat wabak pandemik Covid-19 ini, kemungkinan akan mengabaikannya kerana keutamaan lebih penting adalah menyediakan makanan buat ahli keluarga.

Dalam kes teruk, kemiskinan haid boleh bermaksud perempuan yang masih bersekolah terpaksa ponteng, dan wanita yang bekerja tidak akan dapat turun ke tempat kerja semasa datang haid.

Oleh disebabkan itu, dalam usaha untuk mengakhiri rasa malu dan ‘membasmi’ period poverty ini, penambahan emoji telah dibuat melalui dalam talian oleh Plan International UK pada tahun 2017 bertujuan menunjukkan bagaimana rupa sebenar haid.

Dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 2019, emoji simbol titisan merah telah dilancarkan.

#PeriodEmoji.

Lucy Russell, ketua hak wanita dan pemuda di Plan International UK, mengatakan kepada BBC bahawa perasaan sunyi sepanjang waktu haid telah “memberi kesan negatif kepada gadis – mereka juga merasa malu untuk membicarakan tentang haid mereka, malah ianya boleh mengakibatkan mereka mengalami implikasi kesihatan.”

Kenapa perlunya berbicara tentang haid?

Tidak dinafikan, haid merupakan sesuatu perkara yang agak ‘segan’ untuk dibincangkan.

Bayangkan, pada umur 12 tahun, anda perlu meminta seorang ayah untuk membelikan tuala wanita. Walhal, ketika itu anda langsung tidak berani untuk memberitahunya tentang lelaki yang disukai di sekolah.

Kesimpulannya, komunikasi dan pengetahuan umum adalah penting bagi kanak-kanak perempuan dapat bercakap dengan ahli keluarga tentang haid supaya mereka boleh dijaga dengan betul.

Sudah tiba masa untuk menguasainya!

Jenama tuala wanita popular, Kotex Malaysia telah melancarkan kempen #SheCan bertujuan memberi peluang kepada gadis-gadis sekolah menengah di seluruh Malaysia untuk menguruskan hal haid mereka dengan lebih terbuka.

Tujuannya adalah untuk mendidik 100,000 gadis-gadis di 100 sekolah menengah mengenai kepentingan kebersihan haid, kesihatan mental, dan tubuh positif dalam usaha membantu memerangi stereotaip di kalangan masyarakat.

Sudah terlalu lama, aspirasi dan tujuan anak-anak gadis telah dihalangi oleh disebabkan haid. Sebagai jenama yang memperjuangkan kemajuan wanita, ianya telah menjadi keutamaan kami untuk membantu menghentikan stigma ini.

Radhika Agarwal, Pengurus Pemasaran untuk Kimberly-Clark Malaysia.

Main game sambil belajar

Kotex Malaysia telah membina sebuah mikrosite yang boleh digunakan sebagai cara untuk memanggil para gadis generasi-digital di luar sana untuk turut terlibat.

Mereka telah mengambil influencer Cupcake Aisyah dan Kashika Selvam untuk berkongsi pengalaman haid mereka dalam permainan itu.

Melalui kerjasama dengan influencer ini, Kotex ingin membuang stigma mengenai haid dan mendidik gadis-gadis muda tentang betapa pentingnya membicarakan isu ini secara terbuka.

Sekiranya anda, rakan, atau ahli keluarga ingin menyertai kempen ini, boleh kunjungi laman web #SheCan di www.kotexshecanproject.com.

Kempen ini diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Malah, dengan menyertai ketiga-tiga peringkat permainan ini, anda, bagi pihak sekolah – akan berpeluang memenangi sebahagian Kotex #SheCanFund bernilai RM100,000 yang akan membina kemudahan pembelajaran yang lebih baik seperti peralatan untuk e-learning.

Selain itu, pelajar perempuan di sekolah menengah yang mengambil bahagian juga akan menerima produk kebersihan secara percuma.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd