Now Reading
Lelaki Ini Cipta Laman Web Bantu Penonton Semak View Dari Seat Di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kreatif!

Lelaki Ini Cipta Laman Web Bantu Penonton Semak View Dari Seat Di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kreatif!

Pengguna TikTok ini juga menyertakan perbezaan gambar antara zoom 1.0 dan 0.5x menggunakan kamera bagi menyediakan pemandangan dari tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil.

bukitjalilstadium check view seat (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan salah satu lokasi pilihan para penganjur untuk mengadakan acara besar melibatkan jumlah penonton yang ramai di negara kita.

Sebelum ini, stadium tersebut telah dibanjiri dengan 75,000 orang peminat Coldplay bagi melihat persembahan konsert Coldplay: The Music of the Spheres World Tour buat pertama kali diadakan di Malaysia.

Selain itu, Stadium Nasional Bukit Jalil juga sering menjadi lokasi perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Malaysia dan pasukan lawan seperti Kejohanan Pestabola Merdeka dan Piala Malaysia 2023.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Coldplay ‘Mandi’ Sepanjang Konsert, Sempat Cipta Lagu Khas Tentang Hujan Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Konsert VS Bola Sepak: Persembahan Coldplay Mungkin ‘Bertembung’ Dengan Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027


Pengguna TikTok Cipta Platform Untuk Semak Pemandangan Dari Tempat Duduk Pilihan Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Setiap kali mahu membeli tiket di dalam stadium, mesti ramai yang terfikir pemandangan cari tempat duduk yang dipilih.

Sebelum ini pernah terjadi kes di mana seorang penonton di konsert Billie Eilish yang dikatakan mempunyai pemandangan terhalang kerana mempunyai pagar besi di hadapannya.

Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, seorang pengguna TikTok (@afrieirham) tampil dengan solusi kreatif yang diciptanya.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, lelaki ini menunjukkan sebuah laman web yang direka khas untuk membolehkan sesiapa sahaja menyemak pemandangan dari tempat duduk di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sumber: bukitjalilstadium.com

Korang cuma perlu tekan nombor tempat duduk mengikut tingkat pilihan. Siap ada gambar versi zoom 1.0 dan 0.5x secara jelas ya untuk korang tengok ‘view’ dari tempat duduk macam mana.

Walau bagaimanapun, lelaki ini menjelaskan bahawa dia tidak sempat untuk mengambil gambar untuk pemandangan dari tingkat 1 dan beberapa tempat duduk di tingkat 2 dan 3 juga tidak diambil kerana kekurangan masa.

Difahamkan, lelaki ini mengambil kesemua gambar tersebut ketika menghadiri perlawanan bola sepak Malaysia menentang pasukan Kazakhstan.

Di akhir video, pengguna TikTok tersebut berharap agar dapat berkolaborasi dengan pihak Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan lebih banyak lagi kemudahan kepada orang ramai seperti pemandangan 360 darjah dari tempat duduk.

Korang boleh klik [DI SINI] untuk tengok sendiri pemandangan dari tempat duduk pilihan di stadium berkenaan.

@afrieirham

seating view setiap section di stadium bukit jalil@Perbadanan Stadium Malaysia

♬ original sound – afrieirham – afrieirham

Netizen Puji Idea Bernas Pengguna TikTok Ini

Rata-rata netizen di ruangan komen berpendapat bahawa projek yang dilakukan oleh pengguna TikTok itu secara suka-suka sahaja sebenarnya memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

Selepas ini boleh semak pemandangan dari tempat duduk di laman web tersebut sebelum membeli tiket di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ada juga netizen yang berharap agar inisiatif ini diperluaskan ke lokasi-lokasi lain bagi memudahkan orang ramai melihat suasana persekitaran.

Dalam pada itu, netizen turut menyebut (tag) pihak Stadium Nasional Bukit Jalil agar mendapat perhatian dan boleh berkolaborasi pada masa akan datang.

Sumber: TikTok

Sejarah Tentang Stadium Nasional Bukit Jalil

Sebagai info, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung sekitar 85,000 orang penonton.

Bukan itu sahaja, stadium tersebut juga pernah memenangi Anugerah Stadium Terbaik Di Dunia pada tahun 2018 selepas diubah suai untuk menganjurkan Sukan SEA 2017.

Selepas stadium berkenaan dibuka secara rasmi pada 1 Januari 1998 oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, pelbagai acara besar yang diadakan seperti:

  • Sukan Komanwel 1998
  • Pertandingan Final Piala AFF Suzuki.
  • Perlawanan Kelayakan Piala Dunia FIFA
  • Konsert Billie Eilish
  • Konsert Jay Chou
  • Konsert Blackpink

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd