Konsert VS Bola Sepak: Persembahan Coldplay Mungkin ‘Bertembung’ Dengan Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027
Pada bulan Januari lalu, hanya 21,000 tempat duduk disediakan untuk perlawanan separuh akhir Piala AFF kerana pihak penganjur mahu melakukan persediaan bagi konsert Jay Chou.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Boleh dikatakan minggu ini cukup hangat dengan topik tentang konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang bakal diadakan buat pertama kalinya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November 2023.
Sejak pengumuman tentang konsert tersebut, pelbagai perkara yang berlaku melibatkan sistem penjualan tiket, petisyen untuk hari kedua sehingga surat terbuka yang dibuat oleh Ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kepada Khairul Aming.
BACA JUGA: Pemuda PAS Buat Surat Terbuka Untuk Khairul Aming, Luah Rasa Kecewa Kerana Sokong Konsert Coldplay
BACA JUGA: Petisyen Mohon Coldplay Buat Konsert Hari Kedua Di KL Kini Cecah 10,591 Dalam Tempoh Singkat
Tarikh Konsert Coldplay Dipercayai Bertembung Dengan Perlawanan Separuh Akhir Separuh Akhir AFC CUP
Terbaharu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu bahawa tarikh konsert itu bakal berlangsung satu hari selepas perlawanan kelayakan Piala Asia.
Mengambil kira dari segi persediaan untuk konsert itu, perkara yang menjadi perhatian adalah sekiranya tempat duduk menjadi terhad kepada peminat Harimau Malaya jikalau perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 berlangsung di lokasi yang sama pada sehari sebelum.
Isu tarikh perlawanan bola sepak yang bertembung dengan konsert bukan pertama kali berlaku di Malaysia.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidi Amin berkata beliau telah bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berhubung isu ini.
Beliau juga menyatakan bahawa mereka akan mencari jalan penyelesaian dengan bekerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (MSC).
Kami mempunyai kontrak dengan MSC yang menyatakan bahawa lokasi sepatutnya tersedia untuk perlawanan Harimau Malaya semasa kalendar FIFA. Jika ini kerap kali berlaku sehingga berlakunya pertembungan tarikh, lebih baik jika kami tidak mempunyai kontrak dengan syarikat itu.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidi Amin.
Hamidi menyatakan bahawa rayuan akan dibuat untuk menyemak semula sama ada padang boleh digunakan pada 21 November 2023 atau tidak. Ia akan dilakukan ketika undian yang akan berlangsung pada bulan Julai ini.
Isu Sama Pernah Berlaku Ketika Konsert Jay Chou
Sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku ketika perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Malaysia berdepan Thailand di separuh akhir Piala AFF Cup pada 7 Januari lalu.
Pada ketika itu, hanya 21,000 tiket sahaja dijual berikutan penganjur konsert perlu melakukan persediaan bagi konsert Jay Chou.
BACA JUGA: Kecewa Jualan Tiket Piala AFF Suzuki Terhad, Peminat Bola Sepak Malaysia ‘Serang’ Instagram Jay Chou
Netizen Bosan Dengan Insiden Yang Sama Berlaku Sekali Lagi
Netizen meluahkan rasa bosan apabila merasakan drama yang sama berulang lagi apabila kini melibatkan konsert Coldplay dan perlawanan separuh akhir AFF Cup pula.
Zzz same old drama.
— Syafiq Mobin 🇲🇾🌺 (@syafiqduckie) May 18, 2023
Here we go again…jz lik Blackpink drama
— Willy Sunie (@jerkyjerky88) May 18, 2023
Can't they play the match in johor?
— Aman the terrible (@borneoaman) May 18, 2023
Why not use stadium shah alam for Asian cup?
— Senator Heisenberg🔃 (@FernndoAlonso14) May 18, 2023
Baru-baru ini, Hitz Morning Crew, Arnold dan Anne berpeluang untuk menemubual penyanyi utama Coldplay iaitu Chris Martin untuk berkongsi perasaannya tentang konsert pertama di Malaysia pada November ini.
Percaya atau tidak, Chris Martin juga tidak ketinggalan mendapat maklumat tentang perkembangan berkaitan penganjuran konsert mereka di Malaysia yang mendapat perlbagai reaksi masyarakat.
Kepada semua rakyat Malaysia, sama-sama kita berharap agar segala masalah yang berlaku melibatkan konsert Coldplay ini dapat diselesaikan dengan baik.
Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.