Now Reading
Tak Tahu Nak Makan Mana Di Sunway Pyramid? Ada ‘Mesin’ Yang Boleh Tolong Korang

Tak Tahu Nak Makan Mana Di Sunway Pyramid? Ada ‘Mesin’ Yang Boleh Tolong Korang

Mesin Makan Wheel ini akan mencadangkan tempat makan secara spontan mengikut ‘tekak’ anda pada ketika itu.

makan wheel kat sunway pyramid (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak kisahlah golongan muda atau sudah berusia, ada satu soalan bersifat ‘universal’ dan sukar untuk dijawab dalam tempoh yang singkat iaitu ‘Nak makan mana?’ dan ‘Nak makan apa?’.

Kalau korang tanya soalan ini pada golongan wanita, memang sampai esok agaknya tak makan-makan.

Sebagai penyelesaian kepada masalah ini, pihak Sunway Pyramid tampil dengan idea yang bernas untuk membantu korang yang tak tahu nak makan di mana ketika berkunjung di pusat membeli-belah tersebut.


Sunway Pyramid Perkenal Mesin ‘Makan Wheel’

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@binaazizz_), wanita ini bersama teman lelakinya dikatakan bingung dan mengalami masalah kerana tidak tahu untuk makan di mana.

Tidak lama selepas itu, dia menunjukkan sebuah mesin seperti mesin direktori yang dikenali sebagai ‘Makan Wheel’ yang terdapat di pusat membeli-belah Sunway Pyramid.

Menarik juga ya tengok Makan Wheel ini kerana ia akan menyenaraikan pelbagai restoran dan kedai makan mengikut citarasa tekak korang pada ketika itu.

Senarai tersebut kemudiannya akan diletakkan dalam satu bulatan sebelum ia perlu diputarkan dan akan memberi pilihan restoran secara spontan.

Sebelum bulatan itu berpusing, korang kena pilih dulu beberapa kategori seperti makanan halal atau tidak serta jenis hidangan yang ingin dinikmati.

Bagi kategori jenis hidangan, antara yang tersenarai adalah seperti:

  • Makanan segera
  • Makanan tempatan
  • Makanan barat
  • Makanan Asia dan Jepun
  • Kafe
  • Snek

Malah, korang juga boleh tekan pada pilihan ‘Kids Friendly’ jika membawa bersama anak-anak kecil.

Tapi kalau tak tahu juga nak makan apa, boleh tekan pada ‘Surprise Me’. Nanti akan keluar nama restoran secara spontan.

https://www.tiktok.com/@binaazizz_/video/7304668584914062593

Ramai Netizen Teruja Lihat Kewujudan Mesin ‘Makan Wheel’ Ini

Disebabkan ramai yang turut mengalami masalah sama ketika mahu memilih tempat makan, rata-rata netizen di ruangan komen video berkenaan dilihat teruja dengan kewujudan mesin ‘Makan Wheel’ ini.

Malah, mereka juga memberi cadangan agar mesin tersebut diperluaskan di lokasi-lokasi lain bagi memudahkan mereka membuat keputusan memilih restoran untuk menjamu selera.

Namun, ada juga yang berpendapat mesin itu perlu menetapkan syarat seperti hanya boleh membuat putaran maksimum tiga kali sahaja.

Bukan apa, takut nanti makin lama pula terpacak di mesin itu kerana tidak bersetuju dengan pilihan yang diberikan secara spontan itu.

Sumber: TikTok

Kalau korang nak guna juga kemudahan ini tetapi tidak berada di Sunway Pyramid, ia boleh diakses di laman web Sunway Pyramid atau klik [DI SINI].

Harap-harap dah tak perlu bergaduh lagi untuk pilih tempat makan selepas ini.

Baca Artikel Berkaitan: Warong Che Senah, Mee Tarik & 5 Lagi Tempat Makan Di Lembah Klang Yang Buka Hingga Tengah Malam

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tempat Char Kuey Teow Popular Di Lembah Klang

Baca Artikel Berkaitan: Pilihan Menu Subway Boleh Cerminkan Karakter Anda Yang Tersendiri, Betul Ke?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd