Now Reading
Warong Che Senah, Mee Tarik & 5 Lagi Tempat Makan Di Lembah Klang Yang Buka Hingga Tengah Malam

Warong Che Senah, Mee Tarik & 5 Lagi Tempat Makan Di Lembah Klang Yang Buka Hingga Tengah Malam

Dari hidangan burger, nasi lemak, shawarma, chicken shop, macam-macam menu yang dijual di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sehingga lewat malam.

Warong Che Senah, Mee Tarik Chinatown & 5 Lagi Tempat Makan Di Lembah Klang Yang Buka Hingga Tengah (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pernah tak tiba-tiba rasa lapar tengah malam? Nak masak pula barang-barang dapur termasuklah mi segera semua sudah habis. Nak tak nak kena keluar cari kedai makan juga.

Kalau lapar pukul 12:00 pagi, mesti ramai akan serbu kedai mamak atau McDonald’s terdekat, betul tak? Tapi bosan pula kalau asyik makan di tempat yang sama je. Nak juga cuba tempat lain.

Kepada anda yang memang jenis asyik lapar tengah malam, sebenarnya ada banyak lokasi kedai makan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang beroperasi sehingga lewat malam.

Cakap je nak makan apa, semua ada. Dari hidangan burger, nasi lemak, shawarma hingga ke chicken shop, macam-macam menu yang dijual di beberapa lokasi.

Nak tahu di mana? Jom kami kongsikan kepada anda. Antaranya:

1. Kedai Makan Buka Hingga Tengah Malam Sekitar Lembah Klang: Warong Che Senah

Warong-Che-Senah-Mee-Tarik-Chinatown-5-Lagi-Tempat-Makan-Di-Lembah-Klang-Yang-Buka-Hingga-Tengah-4
Sumber: Foursquare

Warong Che Senah yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur sentiasa dipenuhi dengan orang ramai lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Lokasi ini menjadi tumpuan ramai kerana mempunyai pelbagai jenis hidangan yang dijual seperti Nasi Goreng USA, Chicken Chop, Ikan Tiga Rasa, Kerabu Mangga, Set Ikan Singgang dan banyak lagi.

Confirm rambang mata tak tahu nak pilih menu yang mana satu.

Lebih istimewa lagi, anda boleh menikmati hidangan sambil melihat pemandangan bangunan terkenal iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur yang sangat cantik pada waktu malam.

  • Lokasi: 53, Jalan Raja Mahadi, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (4:30PM sehingga 1:30AM).

2. Kedai Makan Buka Hingga Tengah Malam Sekitar Lembah Klang: Restoran Mee Tarik

Warong-Che-Senah-Mee-Tarik-Chinatown-5-Lagi-Tempat-Makan-Di-Lembah-Klang-Yang-Buka-Hingga-Tengah-4
Sumber: OnlyFoodKL

Kalau anda mengidam hidangan bersup pada tengah malam, bolehlah ke Restoran Mee Tarik yang terletak di Chinatown.

Jangan terkejut ya kerana akan ada ramai orang beratur panjang menunggu meja kosong di kedai ini walaupun pada tengah malam.

Restoran Mee Tarik ini mempunyai ruangan di dalam dan juga di luar. Tetapi bagi kami, ruangan di luar lebih sejuk dan tidak terlalu bising.

Paling best, harga menu yang dijual di sini sangat berpatutan dan sedap. Selain hidangan mi tarik, antara makanan lain yang anda boleh cuba adalah dumpling dan juga pelbagai jenis daging skewer.

  • Lokasi: 36, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10:30AM sehingga 6:00AM).

3. Kedai Makan Buka Hingga Tengah Malam Sekitar Lembah Klang: Halab Gate Shawarma

Warong-Che-Senah-Mee-Tarik-Chinatown-5-Lagi-Tempat-Makan-Di-Lembah-Klang-Yang-Buka-Hingga-Tengah-4
Sumber: Facebook/ Halab Gate Shawarma Malaysia

Walaupun ada banyak jenis shawarma dan kebab yang dijual di pasar malam tempatan, tetapi katanya shawarma di sini agak lain rasanya kerana dibuat sendiri oleh orang Arab.

Kalau datang ke Halab Gate Shawarma tetapi anda tak perlu beratur, memang bertuah! Kerana lokasi ini sering menjadi tumpuan ramai terutamanya pada malam hujung minggu.

Kepada anda yang mahu hidangan yang boleh mengenyangkan tetapi tidak terlalu ‘berat’, shawarma adalah makanan yang sesuai.

  • Lokasi: 51, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (11AM sehingga 4AM).

4. Kedai Makan Buka Hingga Tengah Malam Sekitar Lembah Klang: Medan Selera Kantin Mini

Warong-Che-Senah-Mee-Tarik-Chinatown-5-Lagi-Tempat-Makan-Di-Lembah-Klang-Yang-Buka-Hingga-Tengah-4
Sumber: Twitter @JomKita

Satu lagi lokasi medan selera yang ada pemandangan KLCC iaitu Medan Selera Kantin Mini yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Di sini, ada lebih 20 jenis hidangan yang dijual termasuklah shell out, manisan pencuci mulut, hidangan barat dan macam-macam lagi.

Nak lepak bawah bumbung boleh, nak duduk di tempat terbuka pun tiada masalah. Ikut keselesaan masing-masing.

Dekorasi di Kantin Mini juga boleh tahan estetik. Sesuai sangat kalau anda nak bergambar dengan kawan-kawan atau ahli keluarga.

  • Lokasi: Jalan Datok Abdul Malik, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (5:00PM sehingga 3:00AM).

5. Kedai Makan Buka Hingga Tengah Malam Sekitar Lembah Klang: Boleh Seafood Pot

Warong-Che-Senah-Mee-Tarik-Chinatown-5-Lagi-Tempat-Makan-Di-Lembah-Klang-Yang-Buka-Hingga-Tengah-4
Sumber: Instagram @bolehseafoodpot

Kadang kala tekak waktu tengah malam ini pelik sikit. Tiba-tiba terasa nak makan makanan laut seperti ketam, lala, ikan, udang, tiram dan banyak lagi.

Apa kata anda cuba Boleh Seafood Pot di Jalan Alor, Bukit Bintang. Cakap sahaja hidangan laut yang anda mengidam, semua ada di sini.

Saiz hidangan yang dijual pun boleh tahan banyak juga. Boleh kongsi dua tiga orang dan confirm akan kenyang sampai rasa nak tertidur.

  • Lokasi: 69, Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (3:00PM sehingga 1:30AM).

6. Kedai Makan Buka Hingga Tengah Malam Sekitar Lembah Klang: Restoran Warisan Sambal Opah

Warong-Che-Senah-Mee-Tarik-Chinatown-5-Lagi-Tempat-Makan-Di-Lembah-Klang-Yang-Buka-Hingga-Tengah-4
Sumber: Trip Advisor

Kalau anda mengidam Nasi Lemak pukul 12:00 pagi, boleh ke Restoran Warisan Sambal Opah. Di sini, hidangan Nasi Lemak Sambal Opah adalah yang paling laris dan mendapat sambutan hangat dari pelanggan.

Walaupun Nasi Lemak Sambal Opah difahamkan sudah mula dijual dari tahun 1960, namun permintaan masih tinggi sehingga ke hari ini.

Ada banyak jenis lauk yang anda boleh dimakan dengan hidangan nasi lemak di Restoran Warisan Sambal Opah termasuklah sotong, ayam, daging, udang dan lain-lain.

  • Lokasi: 2-1, Jalan USJ 9/5p, Subang Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (3:00PM sehingga 3:00AM).

7. Kedai Makan Buka Hingga Tengah Malam Sekitar Lembah Klang: Burger Bakar Kaw Kaw

Burger Bakar Kaw Kaw
Sumber: Fun ‘N Taste/ Poskod Malaysia

Kepada mereka yang memang suka makan burger pada tengah malam pula, Burger Kaw Kaw yang terletak di Wangsa Maju ini memang ‘port’ terbaik untuk menikmati hidangan ini.

Kaw Kaw Burger difahamkan menjadi perniagaan pertama di Malaysia yang menjual menu Burger Bakar sejak tahun 2011 sebelum trend tersebut mula menjadi ikutan peniaga burger yang lain.

Ada pelbagai menu burger yang dijual di Kaw Kaw Burger seperti:

  • Tripple Beef Beaconizer
  • Cheese Chicken Burger
  • Basic Chicken Burger
  • Burger Kahwin ( Beef & Chicken )
  • Cheezy Lamb Burger

Terliur pula makan tengok menu-menu yang ada.

  • Lokasi: Jalan 4a/27a, Wangsa Maju Seksyen 2, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari (5:00PM sehingga 3:00AM).

Sekarang anda sudah tahu kan nak makan di mana kalau tiba-tiba lapar tengah malam?

Apa lagi, jangan lupa ‘save’ artikel ini supaya tak bergaduh dengan kawan-kawan anda setiap kali ditanya nak makan di mana.

Kalau anda ada cadangan tempat lain yang menarik, bolehlah kongsi dengan kami okey?

BACA JUGA: Round @ HappyMansion Tawar Hidangan Neapolitan Piza Di Petaling Jaya [Review]

BACA JUGA: 5 Tempat Char Kuey Teow Popular Di Lembah Klang

BACA JUGA: 5 Tempat BBQ Korea Halal Di Lembah Klang. Ayuh!

BACA JUGA: Kunafa, Halab & Makanan ‘Viral’ Sekitar KL Anda Wajib Cuba!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd