Now Reading
Kunafa, Halab & Makanan ‘Viral’ Sekitar KL Anda Wajib Cuba!

Kunafa, Halab & Makanan ‘Viral’ Sekitar KL Anda Wajib Cuba!

Antara makanan viral yang anda patut cuba di Bukit Bintang ialah Wagyu Skewer dan Kunafa.

viral food bukit bintang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau pergi area ‘hotspot’ di KL seperti Bukit Bintang dan Pasar Seni, macam-macam lokasi menarik yang anda boleh terokai.

Sukakan karya seni? Boleh pergi Museum of Ilusions Kuala Lumpur. Suka ber-OOTD? Boleh ajak kawan-kawan ‘cafe hopping’ di tempat yang Instagramble seperti Elephant Republic di Bukit Bintang.

BACA JUGA: Kafe Di Bukit Bintang Ini Akan Buat Anda Teruja Dengan Reka Bentuk Dalamannya. Unik!

Kalau anda jenis suka ‘food hunting’, Bukit Bintang ada macam-macam jenis makanan. Dari hidangan Melayu, Cina, Arab, Jepun semua ada!

Antara makanan viral yang anda patut cuba di sekitar Bukit Bintang adalah:

1. Don Don Donki Wagyu Skewer

Sumber: Farahin Fadzil/TRP, MyResepi

Umum sedia maklum, harga daging wagyu yang sebenar boleh mencecah ratusan ringgit bergantung kepada saiz. Tapi kalau anda teringin nak rasa, bolehlah cuba Wagyu Skewer di kedai Don Don Donki yang viral di TikTok ini.

Antara potongan daging skewer yang dijual adalah:

  • Japanese Tegone Tsukune Skewer (RM9.80 sebatang)
  • Regular Wagyu Skewer (RM15.80 sebatang)
  • A5 Premium Wagyu Skewer (RM19.80 sebatang)

Alamat: Ground Floor, Lot 10, Shopping Centre, G8-G11, 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari (12PM sehingga habis dijual)

2. 32 Parfait

Sumber: Zaubee/KL Foodie

Di Korea, ada satu jenis aiskrim yang viral dengan berketinggian 32 cm. Kini, 32 Parfait telah membuka cawangan pertama mereka di Malaysia yang terletak di Lot 10.

Harga untuk satu aiskrim dijual pada RM15. Ada macam-macam perisa yang dijual seperti:

  • Vanilla
  • Chocolate
  • VanillaChoco
  • Strawberry
  • Mango
  • StrawMango
  • Yogurt
  • Blueberry
  • YogurtBlue
  • Green Tea

Alamat: G12-1, Ground Floor, Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari (10AM – 10 PM)

3. Kunafa Crisp

Sumber: Instagram/kunafacrisp

Kunafa merupakan manisan dari negara Timur Tengah. Pencuci mulut ini direndam dalam sirap bergula iaitu attar, dilapisi dengan keju serta ditabur kekacang seperti pistachio atau krim.

Di Bukit Bintang, ada satu kedai yang memang akan sentiasa penuh pada hujung minggu kerana mereka ingin merasai manisan kunafa ini iaitu di Kunafa Crisp.

Harga pun boleh tahan juga, RM18.90 untuk satu crisp cheese kunafa dan RM12.90 untuk creamy kunafa slice.

BACA JUGA: I Waited 1 Hour And 20 Minutes To Try These Two Viral Kunafas At Bukit Bintang [Review]

Alamat: 51, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari (2PM – 2AM)

4. Halab Gate Shawarma

Sumber: Facebook/ Halab Gate Shawarma Malaysia

Walaupun ada banyak jenis shawarma dan kebab yang dijual di pasar malam tempatan, tetapi katanya shawarma di sini agak lain rasanya kerana dibuat sendiri oleh orang Arab.

Kalau datang ke Halab Gate Shawarma tetapi anda tak perlu beratur, memang bertuah! Kerana lokasi ini sering menjadi tumpuan ramai terutamanya pada hujung minggu.

BACA JUGA: 5 Places For The Best Shawarma In KL

Alamat: 51, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari (10AM – 4AM)

5. Lan Zhou Mee Tarik

Sumber: Jilbab Backpacker/ Foursquare

Mee Tarik adalah salah satu hidangan terkenal di negara Cina yang dihidangkan dalam kuah bersup. Dengan harga RM14.90 untuk satu mangkuk, memang berbaloi sangat. Kalau anda nak pedas, boleh tambah sambal cili. Letak sikit je dah ‘berasap’ kepala.

Alamat: 42G, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (11AM- 3AM)

6. Nasi Kahwin Hari Hari

Sumber: Facebook/Nasi Kahwin Hari Hari

Kita ke makanan Melayu pula iaitu Nasi Kahwin Hari Hari. Kalau ada sesiapa mengidam nak makan lauk dan nasi yang selalu dihidangkan di kenduri kahwin, bolehlah datang ke sini.

Ada tiga jenis set nasi dijual dengan harga RM9 seperti:

  • Set Ayam Rose
  • Set Ayam Madu 2
  • Set Daging Hitam

Nak pesan secara online untuk dinikmati di rumah pun boleh juga.

Alamat: Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (10.30AM – 5.30PM)

7. Boleh Seafood Pot

Sumber: Instagram/Boleh Seafood Pot

Kadang-kadang tekak ni terasa nak makan makanan laut seperti ketam, lala, ikan, udang, tiram dan banyak lagi. Apa kata anda cuba Boleh Seafood Pot di Jalan Alor, Bukit Bintang. Cakap sahaja hidangan laut yang anda mengidam, semua ada di sini.

Portion yang dijual pun boleh tahan banyak juga. Boleh kongsi dua tiga orang dan confirm akan kenyang sampai rasa nak tertidur.

Alamat: 69, Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Setiap hari (3PM -1.30AM)


Sebelum pergi ‘food hunting’ hujung minggu ini di Bukit Bintang, kosongkan perut siap-siap dan bawa bekal kosong untuk jimatkan penggunaan plastik atau bungkusan makanan. Mesra-alam gitu!

Yang paling penting, poket kena ‘berisi’. Dah cukup semua kelengkapan, jom makan-makan!

BACA JUGA: Duke Fine Durian Kini Berada Di Fahrenheit88, Bukit Bintang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd