5 Tempat BBQ Korea Halal Di Lembah Klang. Ayuh!
Tak perlu ke Korea kalau nak rasa semua makanan itu. Dekat Malaysia pun ada banyak kedai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Drama Korea sekarang ini boleh dikatakan menjadi kegilaan ramai sehingga ada yang sanggup tidur dua tiga pagi semata-mata nak habiskan kesemua episod.
Memang dahsyat!
Lama kelamaan bila tengok drama Korea, bolehlah faham sedikit bahasa serta budaya yang diamalkan di sana.
Bila sentuh bab makanan pula, memang terliur!
Tipulah kalau tak pernah teringin nak rasa kimbap, kimchi, toppoki dan lebih-lebih lagi daging BBQ mereka.
Anda tak perlu ke Korea kalau nak rasa semua makanan itu. Dekat Malaysia pun ada banyak kedai.
Tak tahu nak makan dekat mana? Jangan risau, kami boleh bantu anda.
1. SeoulNami Korea BBQ, KL
Untuk anda yang teringin nak bakar-bakar daging macam dalam drama Korea, inilah kedai yang sesuai untuk anda.
Di sini, ada macam-macam jenis daging yang anda boleh nikmati dengan keluarga ataupun kawan-kawan.
Antara yang laris dijual di kedai ini adalah Born-in Short Rib, Beef Rib Fingers dan Spicy Baby Octopus.
Fuh, menarik ni.
- The Gardens Mall dan KL East Mall
- Setiap hari ( 11 am hingga 10 pm)
2. Restoran Sweetree, Ampang
Menu yang terkenal di sini semestinya Korean BBQ di mana dagingnya dipanggang sehingga lembut dan cair dalam mulut.
Memang sedap!
Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba ayam Korea disaluti keju yang membuatkan anda nak tambah dua tiga pinggan.
Percayalah, dah makan sepinggan mesti nak lagi.
- L1, 12 L1 & 13, L2, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang, Selangor.
- Setiap hari (11.30 am hingga 10 pm)
3. Supreme Barbeque Club, Ampang
Restoran ini bukan sahaja ada hidangan daging, mereka juga menghidangkan makanan laut yang segar seperti ikan salmon, udang, sotong, dan banyak lagi.
Boleh dikatakan restoran ini syurga buat penggemar makanan laut.
- 20, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur.
- Setiap hari (10 am hingga 12 pm)
4. Kung Jung Korean Restoran, KL
Teringin nak rasa masakan autentik orang Korea? Inilah tempat yang paling sesuai untuk anda.
Menu makanan Korea di sini memang semua sedap-sedap dan kuantiti pun banyak. Memang berbaloi kalau boleh makan sampai kenyang ni.
Yang menariknya, restoran ini juga menawarkan menu makanan Jepun juga tau. Dua dalam satu.
- Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana (PNB Darby Park), Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur.
- Isnin hingga Sabtu (11.30 am hingga 2 pm, 5.30 pm hingga 9.30 pm) dan tutup pada setiap hari Ahad.
5. Da On Fine Korean Cuisine, Bukit Bintang
Walaupun harga di restoran ini akan membuatkan anda fikir dua tiga kali, tetapi percayalah anda akan rasa seperti makan di hotel lima bintang.
Ada pelbagai jenis daging perap serta makanan laut yang segar dihidangkan.
Kalau anda kurang gemar makanan BBQ, boleh juga cuba set makanan tengahari mereka yang sedap dan berbaloi.
- Pavilion Lot 6 . 40 . 00, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
- Setiap hari (11 am hingga 9 pm)
Tunggu apa lagi? Ajaklah kawan-kawan atau keluarga anda makan ala-ala di Korea hujung minggu ni.
Mana tahu tiba-tiba pandai cakap Korea lepas makan hidangan negara itu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.