Now Reading
5 Tempat Char Kuey Teow Popular Di Lembah Klang

5 Tempat Char Kuey Teow Popular Di Lembah Klang

Cerita sikit mengenai Char Kuey Teow, hidangan ini sedikit berbeza dengan Kuew Teow goreng biasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Char Kuey Teow adalah salah satu hidangan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila dihidangkan dalam keadaan yang masih panas.

Cerita sikit mengenai Char Kuey Teow, hidangan ini sedikit berbeza dengan Kuey Teow goreng biasa.

BACA JUGA: Tak Habis Lagi Debat ‘Char Kuey Teow’ Basah Atau Kering? Lelaki Ini Beri Penjelasan Tepat

Char Kuey Teow boleh dikatakan lebih kepada hidangan yang basah tetapi bukanlah macam makanan berkuah seperti sup.

Unik kan menu Char Kuey Teow ni?

Untuk anda yang teringin nak rasa betapa sedapnya Char Kuey Teow ni, apa kata anda cuba pergi ke beberapa tempat popular di sekitar Lembah Klang yang kami cadangkan di bawah.

1. Mali’s Corner

Kredit: Vkeong

Gerai yang sudah beroperasi sejak tahun 1997 ini memang terkenal dengan hidangan Char Kuey Teow mereka.

Suasana santai di gerai ini membuatkan ramai pelanggan untuk datang bersama keluarga dan kawan-kawan.

  • Gerai Makan Radziah, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, 53300, Kuala Lumpur
  • Dibuka setiap hari kecuali Isnin

2. Lah SANY Char Kuey Teow

Kredit: Zomato

Sambil anda bersiar-siar di sekitar Taman Tasik Titiwangsa, jangan lupa singgah ke Restoran Lah SANY Char Kuey Teow Titiwangsa.

Siapa yang datang ke sini memang tak sah kalau tak makan Char Kuey Teow mereka.

Sedap, harga pun cuma RM7 sepinggan.

  • Jalan Kuantan, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur
  • Beroperasi setiap hari kecuali Selasa

3. Pak Teh Char Kuey Teow & Nasi Ayam

Kredit: Foursquare

Fuh, tengok gambar pun dah boleh rasa keenakan Char Kuew Teow di gerai ini.

Bukan itu sahaja, restoran ini juga terkenal dengan hidangan nasi ayam.

Pelanggan yang datang ke tempat ini pun kebanyakkannya memuji servis yang sangat pantas walaupun ketika ramai pelanggan.

  • 29, Jalan Selimang, Taman Tenaga, 56000 Kuala Lumpur
  • Beroperasi setiap hari

4. Restoran Sham 696

Kredit: TripAdvisor

Restoran yang terletak di Shah Alam ini terkenal dengan beberapa jenis hidangan Char Kuey Teow mereka.

Antaranya adalah Char Kuey Teow biasa, Char Kuey Teow udang galah dan Char Kuey Teow sotong.

Yang paling istimewa, anda boleh cuba hidangan Char Kuey Teow yang mencampurkan sotong, udang galah dan kerang pada harga RM13 sahaja.

  • G, 53, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor
  • Beroperasi setiap hari

5. Sungai Dua Char Kuey Teow

Kredit: Foursquare
  • 42, Jalan PUJ 3/4, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor
  • Beroperasi setiap hari kecuali Rabu

Apa tunggu lagi? Jom cuba hidangan Char Kuey Teow di tempat-tempat popular ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd