Now Reading
Tak Habis Lagi Debat ‘Char Kuey Teow’ Basah Atau Kering? Lelaki Ini Beri Penjelasan Tepat

Tak Habis Lagi Debat ‘Char Kuey Teow’ Basah Atau Kering? Lelaki Ini Beri Penjelasan Tepat

Kalau tersalah lagi, tak tahu lah.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Persoalan yang sering ‘menghantui’ rakyat Malaysia (termasuk setiap bangsa dan kaum) adalah; menu “Char Kuey Teow” ni sebenarnya basah atau kering?

Ada yang kata basah, ada yang kata kering.

Pendebatan yang tiada penghujung ini tidak dinafikan – agak menarik. Ini kerana setiap kaum dan bangsa bakal tampil menyuarakan pendapat mereka (tak kiralah salah atau betul), pasti mereka akan ada pendebatan tersendiri.

“Pretty much.”
Kredit: SOSCILI

Namun begitu, isu ‘Char Kuey Teow’ basah atau kering ini turut mendapat perhatian seorang pengguna Facebook berbangsa Cina iaitu Tai Zee Kin. Dia telah memberi penjelasan yang agak padat tentang sejarah di sebalik ‘Char Kuey Teow’ (sama ada basah atau tidak).

Setakat ini, posting tersebut telah berjaya meraih lebih 910 shares setelah dimuat naik 12 jam yang lalu.

Baca penuh di bawah:

Char Kuey Teow ‘basah’ adalah paradoks

Kredit: World Of Buzz

Dalam Hokkien, ‘Char’ bermaksud ‘goreng kering’ atau ‘dry fry’.

Jadi, Char Kuey Teow bermaksud = Kuey Teow Goreng. Sekiranya ‘basah’ atau berkuah, kita menyebutnya = Zhu.

Hokkien tidak mempunyai menu Kuey Teow basah, selain daripada yang bersup/berkuah di mana ianya dipanggil Koey Tiaw Teng (Teng maksudnya sup).

Kuey Teow Goreng sememangnya menjadi makanan istimewa Cantonese yang dikenali sebagai = Wat Tan Hor atau Mi Putih Telur Rata dalam Cantonese yang berkuah dan basah.

Ketika rakan-rakan saya memperkenalkan ‘Malay style Char Kuey Teow’, ianya basah. Termasuklah Resepi Char Kuey Teow dari Che Nom, kesukaan saya.

Tai Zee Kin melalui posting Facebook miliknya.

TAK BOLEH!

Jika ianya basah, perlu dipanggil sebagai Zhu Koey Tiow, bukannya Char Kuey Teow. Walaupun ianya tidak biasa di kalangan Hokkien.

Char must be dry. Cha bihun, cha mee, cha koey tiaw. All dry. Kering.

Tai Zee Kin melalui posting Facebook miliknya.

Jelasnya lagi, sebagai contoh; order Milo Ais tapi panggil Milo Panas, order Teh Ais Kosong tapi panggil Teh Susu Ais, dan sewaktu dengannya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eight − three =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd