Now Reading
Pilihan Menu Subway Boleh Cerminkan Karakter Anda Yang Tersendiri, Betul Ke?

Pilihan Menu Subway Boleh Cerminkan Karakter Anda Yang Tersendiri, Betul Ke?

Siapa sangka karakter seseorang boleh diketahui dengan hanya melihat kepada jenis menu pilihan mereka di Subway.

Karakter Anda Boleh Dibaca Menerusi Pilihan Menu Di Subway. Hebat Kan_ (7)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba tahun baru, mesti kita akan membuat refleksi diri serta melihat kembali segala impian dan juga matlamat yang sudah dicapai.

Adat memasuki tahun baru, kita mesti akan mula memasang impian yang ingin dikecapi dan sudah pastinya beberapa perubahan perlu dilakukan kerana setiap keputusan yang dipilih akan membentuk diri anda.

Sebagai rakyat Malaysia, antara pilihan yang kerap kali perlu dibuat tidak kira usia adalah “nak makan di mana?”.

Antara pilihan rakyat Malaysia bagi menyelesaikan masalah “nak makan di mana” adalah Subway kerana terdapat 39,000 kombinasi dari pelbagai jenis menu, sayuran segar dan sos.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Walaupun Subway menawarkan pelbagai jenis menu, tetapi mesti ada di antara anda yang akan memesan menu sama setiap kali membeli juadah di Subway kan?

Tahu tak sebenarnya pilihan menu Subway anda boleh mencerminkan karakter anda yang tersendiri. Menarik kan?

Jom kami terangkan lebih lanjut tentang perkara ini di samping memberikan sedikit ‘twist’ kepada menu kegemaran anda.

1. Meatball Marinara

Karakter Anda Boleh Dibaca  Menerusi Pilihan Menu Di Subway. Hebat Kan?
Sumber: Subway

Kepada penggemar Meatball Marinara di Subway, anda merupakan seorang yang baik hati. Dengan kenikmatan bebola daging dalam sos tomato marinara pastinya membuatkan anda teringat kepada masakan di rumah sebagai ‘comfort food’.

Dalam pada itu, anda juga dilihat sebagai seorang yang disenangi ramai.

Menu lain yang sesuai: Apa kata anda cuba sesuatu yang baharu seperti menu Egg Mayo Sub? Menu klasik ini juga menjadi kegemaran ramai dan boleh membuatkan anda teringat kepada sandwic telur yang biasa dihidangkan sebagai sarapan di rumah bersama keluarga. Nak tambah sayuran dan sos lain selain mayonis pun boleh juga.

2. Tuna

Karakter Anda Boleh Dibaca  Menerusi Pilihan Menu Di Subway. Hebat Kan?
Sumber: Subway

Tuna Sub mencerminkan karakter seseorang sebagai individu yang kurang gemar mengambil risiko. Sebagai contoh, anda sudah pasti boleh mengagak rasa Tuna Sub ini kan?

Sama juga apa yang berlaku di dalam kehidupan. Anda lebih memilih untuk melakukan sesuatu yang sama berulang kali kerana sudah mengetahui ia bersesuaian dengan cara anda.

Tak salah pun kalau anda mempunyai sikap seperti ini. Tetapi mana tahu dengan cara memberi sedikit peluang kepada diri anda untuk mencuba perkara baharu boleh memberi kejutan yang tidak disangka-sangka.

Menu lain yang sesuai: Sebagai seorang yang tidak gemar kepada perubahan, kami faham anda. Jadi untuk perubahan menu, kami cadangkan anda untuk menambah beberapa jenis sayuran lain seperti jalapeno, buah zaitun atau jeruk ke dalam Tuna Sub.

3. B.M.T

Karakter Anda Boleh Dibaca  Menerusi Pilihan Menu Di Subway. Hebat Kan?
Sumber: Mashed

Individu yang memilih B.M.T sebagai pilihan menu Subway mereka, anda sudah pastinya seorang yang sangat menarik, sama seperti menu B.M.T itu sendiri.

BACA JUGA: Subway ‘Upgrade’ Menu Italian B.M.T. Kali Ini Lebih Padu! [Review]

Dengan adanya tiga jenis protein, sayuran serta sos di dalam menu B.M.T., ini menunjukkan anda juga mempunyai pelbagai jenis personaliti bergantung kepada suasana dan sering memikirkan liku-liku dalam kehidupan.

Pada masa sama, anda juga seorang yang akan sentiasa mendorong individu di sekeliling untuk mencuba yang terbaik bagi mengecapi kejayaan mereka.

Menu lain yang sesuai: Sebagai seorang individu yang mempunyai personaliti menarik, apa kata anda tambah beberapa kepingan keju dan sos pedas seperti sos Hot Pepper untuk memberikan hidangan Subway anda lebih menyengat.

4. Steak & Cheese

Karakter-Anda-Boleh-Dibaca-Menerusi-Pilihan-Menu-Di-Subway.-Hebat-Kan_-3
Sumber: Subway

Menu Sub Steak & Cheese ini diisi dengan kepingan daging lembut bercampur bawang dan lada hijau serta keju cair bersama sayuran rangup.

Kalau tengok dari menunya sendiri anda sudah boleh mengagak bahawa individu yang gemar hidangan ini merupakan seorang yang klasik dan dianggap sebagai mak atau ayah dalam kalangan rakan-rakan.

Anda juga merupakan seorang yang menawan dan akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak individu yang anda kenali.

Menu lain yang sesuai: Walaupun cadangan menu yang kami akan berikan agak bertentangan dengan karakter anda iaitu Chicken Teriyaki, tetapi tak salah kan kalau cuba alternatif protein yang lain?

5. Seafood Sensation

Karakter-Anda-Boleh-Dibaca-Menerusi-Pilihan-Menu-Di-Subway.-Hebat-Kan_-4
Sumber: Facebook Subway Malaysia

Individu yang memilih menu Seafood Sensation sebagai hidangan ‘on-the-go’ mereka di Subway sudah pastinya mempunyai karakter yang sukakan cabaran.

Dengan adanya menu makanan laut yang lembut, manis berkrim dan ditambah dengan sedikit mayonis, sudah pastinya Seafood Sensation ini merupakan pilihan yang unik.

Katanya orang yang berani je akan pilih menu Seafood Sensation ini.

Menu lain yang sesuai: Menu cadangan kami kepada anda adalah Bulgogi Chicken kerana hidangan ini sangat bersos dan memberikan rasa Bulgogi yang cukup ‘umph’ yang mampu memikat hati anda.


Menu Subway Baharu Yang Anda Boleh Cuba Iaitu Mala Sub!

Baru-baru ini, Subway telah memperkenalkan satu menu baharu bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina iaitu Mala Sub!

Dalam menu Mala Sub ini, terdapat dua jenis pilihan protein yang ditawarkan iaitu daging dan juga ayam.

Sumber: Farahin Fadzil

Untuk pengetahuan anda, Mala Sub ini merupakan ‘first dry rub seasoning’ yang diperkenalkan oleh Subway selepas melakukan beberapa kajian dan inovasi bagi memastikan rasa stik daging dan kepingan ayam yang disaluti lebih pedas dan enak.

Kalau anda sukakan sesuatu yang pedas, jom cuba Mala Sub ini yang boleh didapati di semua cawangan Subway seluruh Malaysia bermula 11 Januari sehingga 21 Mac 2023.

BACA JUGA: Subway Perkenal Menu ‘Mala Sub’ Rai Tahun Baru Cina Tahun Ini. Not Bad Juga! [Review]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd