Now Reading
Subway Perkenal Menu ‘Mala Sub’ Rai Tahun Baru Cina Tahun Ini. Not Bad Juga! [Review]

Subway Perkenal Menu ‘Mala Sub’ Rai Tahun Baru Cina Tahun Ini. Not Bad Juga! [Review]

Menu Mala Sub oleh Subway ini ditawarkan kepada para pelanggan dari 11 Januari sehingga 21 Mac 2023.

Subway Perkenal Menu Pedas Mala Sempena Tahun Baru Cina

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan tidak lama lagi, Subway tidak turut ketinggalan untuk menyambutnya dengan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan menu baharu yang lebih menyengat.

Memperkenalkan Mala Sub!

Dalam menu Mala Sub ini, terdapat dua jenis pilihan protein yang ditawarkan iaitu daging dan juga ayam.

Berasal daripada Szechuan, China perisa Mala telah mula mendapat tempat dalam kalangan Malaysia lebih-lebih lagi apabila kebanyakan masyarakat tempatan jenis yang ‘hantu’ pedas.

Sumber: Facebook Subway Malaysia

Kalau anda perasan hidangan Mala ini sering disajikan dalam hotpot, tetapi lain pula yang cuba diperkenalkan oleh Subway.

Siapa sangka kini anda juga boleh menikmati menu Mala dalam hidangan roti menggunakan bahan unik.

Untuk pengetahuan anda, Mala Sub ini merupakan ‘first dry rub seasoning’ yang diperkenalkan oleh Subway selepas melakukan beberapa kajian dan inovasi bagi memastikan rasa stik daging dan kepingan ayam yang disaluti lebih pedas dan enak.

Di Subway, kami berbangga dengan pelbagai inovasi yang dilakukan bagi memberikan lebih banyak pilihan segar kepada para pelanggan. Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, ini adalah masa yang sesuai untuk kami memperkenalkan perisa Mala terbaharu dari Subway. Kami berharap rakyat Malaysia menikmati perisa pedas Mala ini untuk memulakan Tahun Baharu 2023 mereka.

Ketua Pegawai Operasi Pegacorn Sdn Bhd, Sng Lee Ping.

Kami Dah Cuba Menu Mala Sub Yang Baharu Dari Subway!

Baru-baru ini, team TRP diberi peluang untuk merasai sendiri menu baharu Subway iaitu Mala Sub. Nak tahu apa komen kami tentang menu Mala Sub ini? Jom baca review di bawah.

NOTA KAKI: Penulis memang jenis tahan pedas dan ‘hantu’ pedas ya!

Subway-Perkenal-Menu-Pedas-Mala-Sempena-Tahun-Baru-Cina-2
Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Perkara pertama yang mencuri hati kami tentang Mala Sub ini adalah aromanya yang memang mengiurkan. Dari segi kepedasannya pula, mesti ramai yang tertanya-tanya kan?

Setelah mencuba sendiri Mala Sub, kami merasakan kepedasannya adalah pada tahap biasa-biasa sahaja dan tidaklah terlalu pedas sehingga ‘terbakar’ mulut.

Pedas-pedas manja orang cakap.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Walaupun Mala Sub ini agak kering kerana ia merupakan ‘first dry rub seasoning’, tetapi anda masih boleh menikmati rasa pedas itu.

Kepada anda di luar sana yang tak berapa makan pedas tapi masih mahu mencuba Mala Sub ini, boleh cuba okey?

Untuk rating keseluruhan, kami beri 7/10.

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kalau anda sukakan sesuatu yang pedas, jom cuba Mala Sub ini yang boleh didapati di semua cawangan Subway seluruh Malaysia bermula 11 Januari sehingga 21 Mac 2023.

Harga adalah seperti berikut:

  • Mala Sub Ayam bermula dari RM 14.50 untuk saiz 6 inci dan RM 23.70 untuk footlong.
  • Mala Sub Daging bermula dari RM 15.50 untuk saiz 6 inci dan RM 25.70 untuk footlong.

Kalau tak berapa rajin nak keluar, boleh juga dapatkan di aplikasi GrabFood dan Foodpanda.

BACA JUGA: Subway ‘Upgrade’ Menu Italian B.M.T. Kali Ini Lebih Padu! [Review]

BACA JUGA: Subway Lancar Menu Baru, Tri-Pepper Chicken & Choc Chip Mint Cookie!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd