Now Reading
Subway ‘Upgrade’ Menu Italian B.M.T. Kali Ini Lebih Padu! [Review]

Subway ‘Upgrade’ Menu Italian B.M.T. Kali Ini Lebih Padu! [Review]

Subway kini memperkenalkan menu baharu iaitu Italian B.M.T Plus dan juga Italian B.M.T Double Cheese yang lebih ‘padu’ intinya.

Sumber: TRP/Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kalau tak sempat masak atau terkejar-kejar nak menyiapkan kerja di pejabat, Subway boleh jadi ‘penyelamat’ anda. Confirm makan Subway boleh terus kenyang!

Baru-baru ini, Subway telah menaik taraf menu klasik Italian B.MT. yang mempunyai campuran kepingan beef salami, beef pepperoni dan chicken slice mereka menjadi lebih menarik.

Menu klasik Italian B.M.T. (Sumber: Farahin Fadzil/TRP)

Untuk pengetahuan anda, Subway telah memperkenalkan Italian B.M.T Plus dan juga Italian B.M.T Double Cheese yang lebih padat intinya.

Apa yang menjadikan menu Italian B.M.T Plus dan Italian B.M.T Double Cheese ini lebih padu berbanding menu klasik Italian B.M.T?

  • Italian B.M.T Plus: Mempunyai inti tambahan iaitu satu skop avokado dan digandingkan bersama dengan jagung manis.
  • Italian B.M.T Double Cheese: Isi kejunya lebih banyak.
Sumber: Facebook/ Subway Malaysia

Kami Dah Cuba Menu Baru Subway

Team TRP diberi peluang untuk merasai sendiri menu baharu Italian B.M.T Plus dan juga Italian B.M.T Double Cheese. Walaupun muncul menu baharu, hidangan klasik Italian B.M.T masih tidak dilupakan.

Nak tahu apa komen kami tentang menu baharu ini? Jom baca review dari kami!

Italian B.M.T Plus

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kepada anda yang gemarkan buah avokado, confirm anda akan sukakan menu ini.

Walaupun agak pelik bila dengar buah avokado dalam hidangan Subway, tetapi dengan adanya jagung manis membuatkan menu ini lebih rangup dan menjadi kombinasi yang agak menarik

Not bad juga!

Untuk rating, kami beri 8/10.

Italian B.M.T Double Cheese

Sumber: Farahin Fadzil/TRP

Kalau anda peminat keju, menu ini pasti menjadi pilihan anda kerana hidangan ini mempunyai kepingan keju yang lebih banyak berbanding menu Italian B.M.T yang lain.

Ditambah pula dengan pilihan sayur kegemaran anda seperti timun, tomato, lada benggala dan sebagainya, barulah lebih sihat dan ‘crunchy’!

Untuk rating, kami beri 7/10.

Kepada anda yang nak cuba sendiri dua menu baharu ini, boleh dapatkan di cawangan Subway yang terlibat di seluruh Malaysia.

Kalau tak berapa rajin nak keluar, boleh juga dapatkan di aplikasi GrabFood dan Foodpanda.

BACA JUGA: Team TRP Cuba Spicy Buffalo Chicken Dari Subway. Not Bad! [Review]

BACA JUGA: Subway Lancar Menu Baru, Tri-Pepper Chicken & Choc Chip Mint Cookie!

BACA JUGA: We Tried Sabweh’s New Curry Sekali Sub For This Merdeka & Malaysia Day [Review]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd