Now Reading
[Video] “Real Life Attorney Woo” – Graduan Law OKU Raih Pujian Ramai Atas Kejayaan Terima Ijazah

[Video] “Real Life Attorney Woo” – Graduan Law OKU Raih Pujian Ramai Atas Kejayaan Terima Ijazah

Muhd Amirul yang menghidap Cerebral Palsy tidak menjadikan ia satu penghalang bagi merangkul skrol ijazah Sarjana Muda di Majlis Konvokesyen ke-36, UUM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Musim majlis graduasi pengajian tinggi dilihat telah kembali sekali lagi di banyak universiti dalam Malaysia.

Selepas berusaha dengan gigih, ramai graduan dilihat telah menyambut hari menggembirakan dengan menerima skrol bersama ahli keluarga tercinta dan kenalan terdekat.

Baru-baru ini, seorang graduan kurang upaya daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengundang perhatian ramai kerana kejayaannya mencapai impian menggenggam ijazah dalam jurusan undang-undang.


Graduan UUM Hidap Penyakit Cerebral Palsy Terima Skrol Ijazah

Menerusi satu perkongsian yang tular di laman TikTok (@UUMSintok), seorang graduan dikenali sebagai Muhd Amirul Asyraf dilihat sedang mengambil skrol ijazah di atas pentas semasa Majlis Konvokesyen ke-36, UUM.

Muhd Amirul yang merupakan pelajar jurusan Sarjana Muda Undang-undang dengan Kepujian itu difahamkan menghadapi sejenis keadaan dipanggil sebagai Cerebral Palsy.

Memetik sumber MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, Cerebral Palsy merupakan satu keadaan berlaku akibat kerosakan saraf otak yang terjadi ketika di dalam kandungan, semasa atau selepas kelahiran.

Walaupun mempunyai kekurangan, namun ia tidak menjadi penghalang buat Muhd Amirul bagi mencapai kejayaan dalam antara bidang pengajian yang sukar iaitu perundangan.

Difahamkan, Muhd Amirul sebelum ini telah berhenti menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kerana mahu melanjutkan pelajarannya dalam bidang law di UUM.

Menurut beberapa individu dipercayai kenalannya di universiti, Muhd Amirul mempunyai tahap kepandaian yang tinggi dan merupakan pelajar cemerlang dalam kelas.


Netizen Luah Rasa Sebak Lihat Kejayaan Muhd Amirul

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat sebak dan bangga terhadap kejayaan yang diperoleh oleh graduan UUM tersebut walaupun dengan keadaan sebegitu.

“Dari sekolah menengah lagi memang seorang pelajar yang cemerlang. Friendly dan sentiasa tersenyum. Proud of him!” kata seorang warganet.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan bahawa Muhd Amirul seolah-olah menyerupai kisah watak terkenal dalam drama Korea, Extraordinary Attorney Woo iaitu seorang peguam wanita yang menghidapi autisme.

“Extraordinary Attorney Woo in real life. Power Amirul,” ujar seorang wanita.

Dalam pada itu, ada juga pengguna TikTok dilihat terinspirasi dengan kisah Amirul dengan mengatakan bahawa tiada sebarang penghalang bagi seseorang untuk berjaya dalam hidupnya.

“You show us nothing is impossible in this world, teruskan memberi inspirasi. Praying the best for you!” jelas seorang lelaki.

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja

Baca Artikel Berkaitan: Pendaki OKU Jadi Rakyat Malaysia Pertama ‘Sampai’ Ke Puncak Gunung Kedua Tertinggi Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd