Now Reading
Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja

Remaja Autisme Ini Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan Sahaja

Yusof Mohamad Kamal Pakhrul Hisham, 13, yang berjaya menghafal keseluruhan al-Quran telah disahkan menghidap penyakit autisme sejak berusia dua tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Membaca Al-Quran adalah salah satu amalan yang paling dituntut oleh agama Islam buat umat Nabi Muhammad SAW.

Jika anda amalkan pembacaan al-Quran dalam kehidupan seharian, pelbagai kebaikan yang bakal diperoleh seperti meningkatkan keimanan diri, penawar penyakit, memperoleh rahmat daripada Allah SWT serta dilindungi para malaikat.

Sementara itu, ramai juga tahfiz dan hafizah di Malaysia telah berjaya menghafal kesemua juzuk yang terkandung dalam kitab suci tersebut.


Remaja Autisme Hafal 30 Juzuk al-Quran Dalam Masa 18 Bulan

Seperti baru-baru ini, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah bergelar ‘hafiz’ selepas berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 18 bulan sahaja.

Walaupun disahkan menghidap penyakit autisme sejak berusia dua tahun, namun ia tidak menjadi penghalang buatnya bagi meneruskan untuk menghafal keseluruhan al-Quran.

Remaja bernama Yusof Mohamad Kamal Pakhrul Hisham tersebut dikatakan mempunyai keistimewaan luar biasa untuk menghafal selepas sering diperdengarkan surah ketika ‘tantrum’.

Menurut si ibu, Fazura Mohd Noor, 49, dia tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi terhadap Yusof kerana cakna tentang kekurangan yang dimiliki oleh anak bongsunya.

“Di sebalik kekurangannya yang lambat bercakap serta berkembang, saya dapati dia mempunyai kelebihan daya ingatan kuat. Indahnya ciptaan Tuhan.

“Pada usia tiga tahun, Yusof mampu menghafal surah lazim dengan hanya mendengar melalui radio atau televisyen,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Sumber: Berita Harian/Pexels

Hantar Anak Autisme Ke Sekolah Pengajian Al-Quran Ketika Usia Tujuh Tahun

Tambah Fazura, dia bersama suami telah membuat keputusan untuk menghantar anak istimewanya ke sekolah berteraskan pengajian al-Quran ketika berusia tujuh tahun selepas mendapati Yusof mempunyai kelebihan tersebut.

“Saya memang tidak sangka Yusof boleh menghafaz 30 juzuk al-Quran secepat itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya memang berterima kasih kepada ustaz yang tahu kekuatan pada Yusof,” ujarnya.

Untuk info, Yusof dikatakan mengambil masa yang lama untuk bercakap selain mengekspresikan emosinya melalui tantrum sehingga berusia lebih tiga tahun.

“Pada awalnya kami memperdengarkan alunan ayat suci al-Quran ketika dia tantrum. Apabila mendengar, Yusof akan lebih tenang dan mula membaca ayat lazim pada usia empat tahun,” jelasnya.


Ini 5 Tips Anda Boleh Cuba Jika Berniat Mahu Hafal al-Quran

Buat mereka yang memasang impian dan mula berjinak untuk menghafal al-Quran, usah risau.

Di sini kami kongsikan beberapa tips yang anda boleh ikuti untuk menghafal kitab suci itu dengan mudah. Antaranya:

  • Meluangkan banyak masa untuk membaca al-Quran.
  • Memperbaiki tajwid bacaan agar hafalan menjadi lebih sempurna.
  • Sering mengulangi bacaan yang sama.
  • Menetapkan tempoh sasaran untuk menyelesaikan hafalan al-Quran.
  • Istiqamah dalam menghafal al-Quran dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Baca Artikel Berkaitan: [Video] TikToker Ajak Orang Awam Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50

Baca Artikel Berkaitan: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd