Now Reading
Rider Dipuji Luang Masa Baca Al-Quran. Ada Yang ‘Offer’ Berbuka Puasa Percuma Selama Sebulan!

Rider Dipuji Luang Masa Baca Al-Quran. Ada Yang ‘Offer’ Berbuka Puasa Percuma Selama Sebulan!

Rider itu dilihat membaca kitab suci al-Quran seorang diri di tepi laut sementara menunggu order dari pelanggan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seperti yang diketahui, bulan Ramadan adalah waktu di mana ramai orang akan cuba untuk beribadah sebanyak mungkin bagi merebut ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Nak beramal ibadah memang senang sangat. Sambil tunggu lampu isyarat bertukar hijau pun kita boleh berzikir tanpa memerlukan tenaga yang banyak. Mudah kan?

BACA JUGA: Angkat Tangan 5 Minit & Doa Sebelum Buka Puasa. Tak Akan Ditolak Oleh Allah

Sama seperti apa yang dilakukan oleh seorang rider ini ketika mengisi masa terluangnya.

Sempat baca al-Quran

Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Ismail Sabran Ancok) menunjukkan seorang penghantar makanan sedang duduk membaca naskah al-Quran seorang diri di tepi laut.

Pada awalnya, Ismail menyangka rider tersebut leka bermain game di telefonnya, tetapi lain pula yang berlaku sebaliknya selepas terlihat kitab suci yang dipegang.

Ismail beranggapan mungkin rider tersebut ingin mengisi masa terluangnya buat sementara waktu sambil menunggu order daripada pelanggan.

Melihat situasi rider tersebut, Ismail tersentuh hati dan ingin menaja rider itu untuk berbuka puasa di gerainya secara percuma selama sebulan.

Dalam masa yang sama, rider tersebut bernama Mohd Rahmat Mohd Amin juga sempat meninggalkan komen di posting berkenaan.

Dia berterima kasih kepada Ismail atau dikenali sebagai Abang Anchok atas pelawaannya untuk berbuka puasa.

Bila dilihat caranya memberi komen pun kita boleh tahu yang individu ini seorang yang merendah diri. Salute!

Warganet pun tersentuh hati

Di ruangan komen posting tersebut, rata-rata warganet juga tersentuh hati melihat sikap rider itu yang sempat meluangkan sedikit masa membaca al-Quran.

Ramai juga yang mendoakan supaya rider tersebut dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Inilah teladan yang patut kita semua contohi. Syabas anak muda!


Pada bulan yang mulia ini, jom kita perbanyakkan buat amal ibadah. Bukan selalu kita dapat kutip pahala berlipat kali ganda pada bulan-bulan yang lain.

Paling senang adalah dengan berzikir. Sambil berjalan di bazar pun boleh berzikir juga.

Semoga bulan Ramadan ini menjadi titik permulaan untuk kita semua istiqamah dalam beribadah. Amin.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd