Now Reading
‘Kena Friendzone’ – FamilyMart Lancar Menu Khas Untuk Golongan Single Buat Ramai Terhibur

‘Kena Friendzone’ – FamilyMart Lancar Menu Khas Untuk Golongan Single Buat Ramai Terhibur

Menu khas buat golongan bujang yang dipanggil sebagai Single menawarkan pelbagai hidangan menarik meskipun dengan nama unik dan kelakar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


FamilyMart Malaysia baru-baru ini telah melancarkan menu khas buat mereka yang berstatus single.

Idea menawarkan menu ‘bujang’ itu adalah disebabkan kedai serbaneka tersebut sebelum ini telah mengeluarkan set menu untuk pelanggan yang sudah berpasangan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagram mereka (@familymartmy), menu single itu turut disertakan dengan harga bagi setiap hidangan yang ditawarkan.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman daripada menu khas itu termasuklah Japanese Oden dan Sofuto Milkshakes.

Namun, perkara yang menarik perhatian para netizen adalah kerana setiap menu tersebut dipanggil dengan nama unik yang menggambarkan ciri-ciri orang single.

Sumber: Facebook FamilyMart Malaysia

Oden Jepun misalnya, telah dipanggil sebagai Perut Bunyi atau ‘Stomach Growling’. Manakala Milkshake Sofuto, dinamakan sebagai ‘Mengidam” atau Mouth Itchy!

Daripada kesemua menu single tersedia, terdapat tiga hidangan yang mendapat perhatian kami iaitu Corn Sausage – ‘Kena Friendzone’, Sofuto – ‘Rasa Lonely’ dan Frappe – ‘Feeling Gwenchana’.

“Jangan lupa pesan makanan ikut nama sebenar dalam item itu,” kata pengendali akaun FamilyMart di ruangan kapsyen Instagram.

Sumber: Facebook FamilyMart Malaysia

Netizen Terhibur Lihat Nama Unik Hidangan FamilyMart Dalam Menu Single

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat telah memuji syarikat itu kerana tampil dengan idea nama yang mencuit hati para pelanggan.

Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa hidangan menu yang baru itu sememangnya kelakar serta membuatkan orang ramai berminat untuk mencuba.

“Bolehkah saya mendapatkan Feeling Gwenchana dan Healing bersama-sama dengan satu Rasa Lonely,” kata seorang netizen.

Manakala ada juga pengguna laman Instagram yang lain menyifatkan menu tersebut sangat comel.

“Hehe comel sangat mereka buat menu macam ni,” kata seorang wanita.

Sumber: Instagram (@familymartmy)

FamilyMart Tawar Menu Girlfriend/Boyfriend

Walaupun menu terbaru FamilyMart direka khas buat pelanggan bujang mereka, namun syarikat itu tidak terlepas untuk menawarkan menu Girlfriend/Boyfriend kepada mereka yang sedang menjalinkan hubungan.

Dengar kata menu itu dilancarkan bagi menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pasangan kekasih iaitu sukar membuat keputusan untuk makan di mana.

Sumber: Facebook FamilyMart Malaysia

Jika anda lihat pada perkongsian FamilyMart, hidangan makanan yang ditawarkan adalah sama seperti menu single tetapi mempunyai nama unik yang berbeza.

Sebagai contoh, Corn Sausage dipanggil ‘Saya Tidak Tahu Leh’ manakala Teh Susu Boba Gula Perang adalah ‘Apa-apa Je’.

Kalau anda tanya, nama menu favourite kami ialah panggilan untuk Onion Cream Cheese Bagel dan Cheesy Rose Tteokbokki yang dipanggil sebagai ‘Har..?’ dan ‘You Decide Lar’.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ada Papan Tanda Family Mart Warna Hitam Putih? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd