Now Reading
Kenapa Ada Papan Tanda Family Mart Warna Hitam Putih? Ini Sebabnya

Kenapa Ada Papan Tanda Family Mart Warna Hitam Putih? Ini Sebabnya

Mesti ramai tak tahu yang papan tanda Family Mart di Cameron Highlands berwarna hitam dan putih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila nampak papan tanda warna biru dan hijau, automatik akan teringat Family Mart, betul tak?

Siapa tak kenal kedai serbaneka Jepun ini yang menjual pelbagai jenis makanan dan snek ringan seperti Oden dan Onigiri.

Family Mart yang mula membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada 11 November 2016 di Wisma Lim Foo Yong, Kuala Lumpur kini telah berkembang maju. Antara cawangan terbaharu mereka adalah di Cameron Highlands.

Tetapi cawangan di kawasan pelancongan itu agak berbeza kerana papan tandanya dikatakan seolah-olah tiada dakwat kerana hanya berwarna hitam dan putih. Berbeza dengan warna asal mereka iaitu biru dan hijau.

Kenapa warna hitam dan putih?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa warna papan tanda kedai serbaneka itu agak berlainan kan?

Menurut seorang pengguna Twitter (doudaro), warna papan Family Mart diwarnakan hitam dan putih untuk mengelakkan ‘overshadow’ kecantikan warna alam semula jadi di kawasan berkenaan.

Mungkin di Malaysia kita sudah terbiasa dengan warna hijau dan biru Family Mart, jadi bila nampak warna putih dan hitam agak terkejut dan pelik jugalah.

Jika di Jepun, papan tanda berwarna hitam dan putih ini sudah biasa dilihat. Contohnya di kawasan Nikko dan Fujisan.

Ada yang suka, ada yang tak berapa minat

Disebabkan kita sudah terbiasa dengan papan tanda Family Mart berwarna hijau dan biru, ada pelbagai pendapat daripada netizen tentang warna hitam dan putih tersebut.

Ada yang suka dan ada juga yang kurang gemar.


Sekarang anda dah tahu! Jadi, selepas ini jangan terkejut kalau ternampak papan tanda Family Mart warna selain biru dan hijau okay?

Nanti ada pula orang ingat papan warna hitam dan putih itu jenama tiruan pula. Bukan ya!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd