Now Reading
Graduan PhD Dari Palestin Enggan Sertai Majlis Konvokesyen, Hiba Ramai Ahli Keluarga Syahid

Graduan PhD Dari Palestin Enggan Sertai Majlis Konvokesyen, Hiba Ramai Ahli Keluarga Syahid

Zulfadhli telah mengambil foto Dr Shehab bersama keluarga kerana graduan itu enggan masuk ke dewan konvoksyen susulan ramai ahli keluarganya yang telah syahid di Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Serangan oleh tentera Israel di Palestin telah mengakibatkan 12,300 nyawa terkorban termasuk anak kecil serta wanita.

Baca Artikel Berkaitan: Tentera Israel Didakwa Bunuh Rakyat Sendiri Ketika Serangan Pertama Di Festival Muzik Supernova

Nyawa tidak bersalah yang telah syahid di medan perang tersebut turut melibatkan penuntut dari Palestin di Malaysia.

Seperti sebelum ini, dua siswazah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan telah dilaporkan terkorban sebelum mereka sempat bergraduasi.

Baca Artikel Berkaitan: “Syahid Sekeluarga” – 2 Siswazah USIM Terkorban Dalam Serangan Bom Di Gaza

Namun, berita dukacita itu tidak terhenti di situ sahaja apabila seorang pelajar Universititi Teknologi Malaysia (UTM) dari Palestin tidak menyambut majlis graduasinya kerana kehilangan ramai ahli keluarga di Gaza.


Graduan UTM Dari Palestin Tak Sertai Majlis Graduasi Kerana Ramai Ahli Keluarga Syahid

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman X, Zulfadhli (@byzulfadhlizin) graduan Doktor Falsafah (PhD) dari Palestin itu tidak masuk ke dewan konvokesyen semasa hari graduasinya.

Dia yang dikenali sebagai Dr Abdalrahim Shehab, bersama isteri telah bercadang untuk hadir pada hari tersebut hanya bagi mengambil sijil dan tidak berniat menyambut kejayaan yang diperolehnya itu.

Jelasnya, dia tidak sanggup menyambut hari tersebut kerana ramai di kalangan ahli keluarganya telah syahid dalam peperangan di Palestin.

“How come I am celebrating, yet all my family has already gone and there’s no ceasefire in Gaza?” kata Dr Shehab.


Lelaki Ambil Gambar Dr Shehab Bersama Keluarga

Zulfadhli yang telah terserempak dengan keluarga Dr Shehab pada ketika itu berasa ia adalah satu kerugian jika hari gembira berkenaan tidak disambut sama sekali.

Oleh disebabkan itu, Zulfadhli telah menawarkan diri untuk mengambil beberapa foto Dr Shehab sebagai kenangan hari graduasi Dr Shehab.

“Tak plan pun aku nak ambil gambar dia. Tapi dah terjumpa masa aku tengah tunggu kawan. Kamera pun dah bawa,” kata lelaki itu.

Menerusi foto yang dikongsi, Dr Shehab bersama isteri yang dilihat menyarungkan jubah sambil memegang sijilnya telah bergambar dengan dua orang perempuan dipercayai anaknya.


45 Orang Ahli Keluarga Dr Shehab Syahid Di Medan Perang

Sebelum ini, akaun Instagram (@middleeasteye) telah memuat naik satu perkongsian memaparkan nama-nama ahli keluarga Abdalrahim Shehab yang terkorban di medan perang.

Pada hari keenam serangan tentera Israel terhadap rakyat Palestin, sejumlah 45 orang ahli keluarga Shehab telah terbunuh manakala enam yang lain mengalami kecederaan.

Sumber: Instagram via X (@byzulfadhlizin)

Baca Artikel Berkaitan: “Syahid Balik Menuntut Ilmu” – Pelajar Palestin Nak Pulang Ke Malaysia Ditembak Israel


Abdalrahim Shehab Urus Bantuan Rakyat Malaysia Di Gaza Melalui Aqsa Syarif

Zulfadhli dalam satu ciapan lain sebelum ini menjelaskan bahawa dia mengenali Dr Shehab kerana graduan itu merupakan kenalan rapat ayahnya.

Tambah lelaki itu, Abdalrahim Shehab adalah antara orang Gaza yang terawal yang banyak menguruskan bantuan rakyat Malaysia di Gaza melalui badan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif.

Untuk info, Aqsa Syarif telah beroperasi sejak tahun 2010 lalu sehingga kini iaitu agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia, MyCARE.

Abdalrahim juga adalah antara individu yang banyak menjayakan projek rakyat Malaysia untuk penduduk di Gaza seperti operasi ternakan lembu dan kilang roti.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd