Now Reading
[Video] “Pentingnya English Education” – Enjoy Lagu Sokong Palestin, Gadis Israel Kena Bahan Tak Faham Lirik

[Video] “Pentingnya English Education” – Enjoy Lagu Sokong Palestin, Gadis Israel Kena Bahan Tak Faham Lirik

Tiga wanita itu seolah-olah tidak memahami maksud dan lirik lagu ‘We Will Not Go Down’ yang dinyanyikan Fian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penindasan tentera Israel terhadap rakyat Palestin sememangnya amat kejam sehingga bekalan kemanusiaan juga telah disekat di negara tersebut.

Susulan itu, ramai penduduk Israel dilihat telah memperlekehkan dan mengutuk penduduk di Gaza menerusi perkongsian video di media sosial.

Seperti sebelum ini, seorang wanita Israel telah mengejek rakyat Palestin dengan menunjukkan air minuman dan menayangkan kabel elektrik di rumah ekoran bekalan elektrik yang diputuskan di Gaza.

Baca Artikel Berkaitan: Sengaja Ejek Warga Palestin Kerana Tiada Bekalan Air & Elektrik, Video Rakyat Israel Ini Dikecam Netizen


Lelaki Nyanyi Lagu Penindasan Penduduk Gaza Semasa Video Call Bersama Wanita Israel

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @dauspozi) apabila seorang influencer Indonesia yang dikenali sebagai Fian telah menyanyikan sebuah lagu kepada tiga wanita Israel dipercayai menerusi satu aplikasi video perbualan.

Dalam video itu, tiga gadis tersebut telah bertanyakan soalan kepada Fian sama ada dia menyokong Israel atau pun tidak.

Namun, Fian dilihat tidak mahu menjawab persoalan tersebut dan meminta izin untuk menyanyikan lagu berjudul ‘We Will Not Go Down’ oleh Michael Heart.

Kalau anda nak tahu, lagu yang dinyanyikan itu mengisahkan tentang kesengsaraan rakyat Palestin yang ditindas selama ini oleh rejim Zionis.

Perkara yang mengundang perhatian warganet adalah apabila tiga gadis itu dilihat terhibur dan menikmati persembahan Fian tanpa menyedari lirik lagu tersebut sebenarnya menyokong perjuangan Palestin.

Ada yang siap bertepuk tangan, menggoyangkan badan mengikut irama lagu dan dua daripada mereka memasang lampu suluh pada telefon sambil menikmati nyanyian Fian yang merdu.


Wanita Israel Tidak Faham Maksud Lagu ‘We Will Not Go Down’

Tindakan gadis Israel itu seolah-olah mereka tidak fasih berbahasa Inggeris atau gagal memahami konteks dan lirik lagu walhal Fian telah menyebut perkataan ‘Gaza’ beberapa kali.

Namun, mereka akhirnya sedar tentang maksud lagu tersebut apabila Fian melaungkan ‘Free Palestine’ berulang-ulang kali di penghujung nyanyiannya.

Berasa terkejut dengan perkara itu, tiga wanita tersebut telah berkata kesat kepada Fian kemudian terus ‘left’ daripada video perbualan tersebut.


Netizen Terhibur Lihat Telatah Penduduk Israel Yang Dikatakan Tidak Bijak

Menjengah ke ruangan balas perkongsian itu, rata-rata warganet tidak menyangka tiga wanita Israel itu boleh diperbodohkan sebegitu rupa.

“Bukti tak semua yang cantik itu bijak. Disebabkan mereka Israel, bukan setakat hodoh, tapi juga bod*h!” kata seorang lelaki.

Selain itu, seorang netizen telah menyindir tiga wanita Israel tersebut kerana tidak memahami bahasa Inggeris walaupun Israel begitu akrab dengan Amerika Syarikat seperti adik-beradik.

“Adik-beradik dengan Amerika pun tak faham bahasa mereka,” ujar seorang warganet.

Sumber: X (Twitter @dauspozi)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Trend Persendakan Rakyat Palestin Makin Melampau, Kali Ini Anak Kecil Turut Terlibat!

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Israel Permainkan Serangan Bom Di Palestin Sambil Buat Video Bermekap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd