Tindakan Presiden Jokowi Bersemuka Dengan Joe Biden Minta Gencatan Senjata Di Gaza Dikagumi Netizen
Desakan itu dilakukan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo ketika melawat Rumah Putih atas jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tanpa rasa kasihan dan bersimpati, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menegaskan mereka tidak akan melakukan sebarang gencatan senjata dalam peperangan ke atas Palestin.
Kenyataan tersebut telah dikeluarkan walaupun PBB telah memberi amaran bahawa bantuan tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan manusia.
Menerusi taklimat dengan akhbar asing, Netanyahu menyifatkan gencatan senjata adalah seperti menyerah kepada pejuang Hamas.
Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza
Presiden Indonesia Desak Joe Biden Lakukan Gencatan Senjata Di Gaza
Amerika Syarikat merupakan salah satu negara yang menyokong serangan balas dilakukan oleh Israel kepada Palestin sejak 7 Oktober lalu.
Bukan sahaja menyokong, mereka turut menyalurkan sumbangan dari segi bantuan ketenteraan kepada rejim Zionis.
Susulan itu, Presiden Indonesia Joko Widodo telah mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bagi meningkatkan usaha menghentikan penindasan yang dilakukan terhadap Gaza dan segera melakukan gencatan senjata.

Desakan itu dilakukan secara bersemuka ketika beliau melawat Rumah Putih (White House) di Washington DC, Amerika Syarikat pada Isnin lalu (13 November).
Dalam video yang dimuat naik di laman X (Twitter @CNNIndonesia), desakan Jokowi kepada Biden untuk menghentikan serangan ke atas Gaza seolah-olah tidak diambil berat oleh Presiden Amerika Syarikat itu.
Ini boleh dilihat apabila Biden mengubah topik dengan membangkitkan tentang isu iklim yang dibincangkan saat mereka berjumpa pada awal pertemuan sebaik Jokowo menyuarakan perkara tersebut.
Indonesia meminta AS untuk berbuat lebih banyak usaha bagi menghentikan kekejam di Gaza. Gencatan senjata adalah suatu keharusan demi kemanusiaan.
Presiden Indonesia Joko Widodo.
Presiden @jokowi mendesak Presiden AS Joe Biden @POTUS untuk berbuat lebih banyak guna mengakhiri serangan Israel di Gaza dan membantu mewujudkan gencatan senjata. https://t.co/gzAlkSFkeb #CNNIndonesia pic.twitter.com/n58Jpq2Rwi
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) November 14, 2023
Netizen Puji Keberanian Jokowi Desak Biden Secara Berdepan
Video memaparkan Jokowi mendesak Biden secara berdepan bagi mendesak serangan di Palestin dihentikan mendapat perhatian ramai netizen di media sosial.
Rata-rata netizen memuji keberanian Presiden Indonesia itu dalam mempertahankan Palestin sebagai tanda solidariti.
Pada masa yang sama, netizen juga bengang dengan tindakan Biden yang cuba mengalihkan topik berkaitan Palestin kepada perbincangan mengenai iklim semasa.

Cara Yang Boleh Dilakukan Oleh Rakyat Malaysia Untuk Desak Gencatan Senjata
Sebagai rakyat Malaysia, anda juga boleh mengambil tindakan efektif bagi membantu gesaan ini dengan cara menghubungi duta PBB yang mewakili Malaysia.
Apa yang anda perlu buat ketika menghubungi mereka adalah untuk menggesa Perhimpunan Agung Kecemasan PBB (Emergency UN General Assembly) di bawah Uniting for Peace Resolution bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Langkah-langkah untuk menghubungi duta PBB Malaysia adalah seperti berikut:
- Menelefon atau menghantar e-mel kepada Pejabat PBB.
- Menelefon atau menghantar e-mel kepada Kementerian Luar Negeri.
- Menghantar ciapan di X (Twitter) @MYNewYorkUN1 atau @MalaysiaMFA.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Template & Cara Untuk Rakyat Malaysia Gesa Genjatan Senjata Di Palestin
Baca Artikel Berkaitan: “Angka Kematian Akan Meningkat” – UNICEF Seru Gencatan Senjata Dengan Kadar Segera
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.