Now Reading
15 November 1988 Jadi Saksi Yasser Arafat Isytihar Palestin Merdeka, Ini Sejarahnya

15 November 1988 Jadi Saksi Yasser Arafat Isytihar Palestin Merdeka, Ini Sejarahnya

Untuk info, Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin yang dibacakan oleh Presiden Palestin Yasser Arafat itu ditulis sendiri oleh penyair Mahmoud Darwish.

palestin hari merdeka

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konflik bersenjata yang berlaku antara Palestin dan Israel bukanlah bermula dari serangan balas pada 7 Oktober lalu, namun ia telah berlaku sejak 75 tahun dahulu ketika Zionis cuba membentuk negara haram mereka.

Jika diimbas semula sejarah pada zaman dahulu, pembentukan negara haram Israel bermula pada tahun 1948 yang membawa kepada pengusiran dan pembunuhan penduduk Palestin yang diingati sebagai peristiwa Nakba 1948.

Sejak dari itu, rejim Zionis sedikit demi sedikit cuba untuk mengambil tanah Palestin dan menjadikannya sebagai tanah milik mereka. Sehingga kini, tindakan mereka masih diteruskan seperti mana yang dilihat berlaku di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat pada hari ini.


Peristiwa Intifada Pertama Di Palestin

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang apa itu peristiwa Intifada yang berlaku di Palestin?

Peristiwa Intifada pertama tercetus selepas Zionis mahu meluaskan jajahan dan tanah rampasan mereka sehingga menyebabkan pemberontakan dalam kalangan masyarakat Palestin.

Intifada pertama atau juga dipanggil sebagai Intifada Batu diketuai oleh gabungan kumpulan pejuang pembebasan Palestin dengan menggunakan batu sebagai alat serangan kepada tentera Israel.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Selain golongan dewasa, kanak-kanak serta anak muda juga tidak gentar memperjuangkan tanah mereka dengan menyertai penentangan ini.

Perjuangan untuk membebaskan Palestin dari rejim Zionis ini bermula pada 8 Disember 1987 di Jabalia, Semenanjung Gaza.


Ke Arah Pembebasan Palestin Sebagai Negara Merdeka

Hasil daripada penentangan ini, ia telah membawa kepada sidang tergempar Kebangsaan Palestin (PNC) pada 12 sehingga 15 November 1988.

Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Yasser Arafat ketika sesi penutupan sidang ke-19 PNC di Algiers, Algeria telah membacakan Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin dan menetapkan Al-Quds (Jerusalem) sebagai ibu negara.

Untuk info, Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin itu telah ditulis sendiri oleh penyair Mahmoud Darwish.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Bagaimana pengisytiharan tersebut boleh berlaku?

Ia sebenarnya terbentuk melalui justifikasi berdasarkan Resolusi 181 (II) Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 1947 yang memperuntukkan kepada penamatan serta pembahagian wilayah Mandat British.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 15 Disember 1988 juga telah meluluskan Resolusi 43/177 dengan mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan Palestin.

Kemudian pada April 1989, Majlis Pusat PLO secara rasminya melantik Yasser Arafat sebagai Presiden Palestin pertama.

Pada tahun 1991, Palestin memulakan rundingan bersama Israel di Madrid dan membawa kepada Perjanjian Oslo pada September 1993 sebagai langkah untuk merealisasikan menyelesaikan antara dua negara.


Israel Mengingkari Janji Sehingga Ke Hari Ini

Meskipun sudah menandatangani perjanjian dengan Palestin, namun rejim Zionis secara jelas tidak dapat bepegang pada janji apabila telah memungkiri janji.

Tentera Israel masih cuba untuk merampas tanah Palestin bagi membina lebih banyak penempatan haram dengan melakukan penindasan serta pembunuhan orang awam yang tidak bersalah di Gaza.

Sumber: Al Jazeera

Sikap Israel yang sudah memungkiri janji sejak bertahun-tahun ini tidak mengejutkan kerana pemimpinnya sejak dari dahulu lagi memang mempunyai hajat untuk menguasai keseluruhan kawasan mandat British milik Palestin.

Malah dalam hadis, banyak direkodkan sifat-sifat buruk orang Yahudi antaranya suka berbunuh-bunuhan, menceroboh, bersikap keras dan mendoakan kecelakaan Nabi Muhammad SAW.

Baca Artikel Berkaitan: Menceroboh, Bunuh, Doa Kecelakaan Nabi & 3 Lagi Perangai Buruk Yahudi Dalam Al-Quran Serta Hadis

Baca Artikel Berkaitan: Israel Bom Hospital Di Gaza, Lebih 500 Nyawa Orang Tak Bersalah Terkorban

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Dakwa Israel Miliki ‘Skin Bank’, Ambil Kulit Dari Mayat Rakyat Palestin


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd