Now Reading
Tunjuk Solidariti Buat Palestin Guna Gambar Tembikai, Apa Maksudnya?

Tunjuk Solidariti Buat Palestin Guna Gambar Tembikai, Apa Maksudnya?

Idea menggunakan gambar buah tembikai muncul pada tahun 1967 selepas Israel menguat kuasakan satu undang-undang kesalahan jenayah memaparkan bendera Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Suara penduduk serata dunia dalam memberi sokongan dan solidariti dengan rakyat Palestin dilihat semakin meningkat.

Bukan sahaja dia media sosial, malah ramai juga yang dilihat turun padang iaitu turut sama dalam perarakan solidariti di negara masing-masing.

Walaupun kelihatan ramai yang mengibarkan bendera Palestin, namun ada juga di antara mereka menggunakan simbol buah tembikai untuk menunjukkan sokongan. Apakah maksud di sebaliknya?


Visual Buah Tembikai Melambangkan Bendera Palestin

Kalau anda nak tahu, simbol, visual atau ’emoji’ tembikai digunakan untuk memberikan sokongan kepada Palestin adalah bukanlah sesuatu perkara yang baru.

Gambaran buah segar itu digunakan kerana warna pada tembikai menyerupai bendera Palestin.

Jika dilihat, bendera negara Palestin terdiri daripada empat jenis warna iaitu putih, merah, hijau dan hitam.

Sumber: IEMed

Bukan itu sahaja, buah tembikai juga dikenali bagi melambangkan budaya dan entiti negara tersebut.

Difahamkan, buah tembikai telah pun ditanam secara meluas di seluruh wilayah Palestin dari kawasan Jenin hinggalah ke bumi Gaza.

Oleh disebabkan itu, buah berkenaan telah menjadi simbol penentangan yang digunakan rakyat Palestin untuk membantah penindasan dan kekejaman Israel terhadap identiti serta bendera kebangsaan mereka.


Idea Guna Tembikai Sebagai Pengganti Bendera Disebabkan Undang-undang Israel

Idea penggunaan visual buah itu pertama kali muncul selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967, apabila Israel merampas kawasan Tebing Barat, Gaza, dan Baitulmaqdis.

Pada ketika itu, kerajaan Israel telah menguat kuasakan undang-undang kesalahan jenayah sekiranya penduduk memaparkan bendera Palestin di tempat umum.

Disebabkan peraturan berkenaan, penduduk Palestin membuat keputusan untuk menggunakan gambar buah tembikai yang telah dipotong sebagai pengganti kepada bendera mereka.

Sumber: Bon Apetit

Penindasan Israel Terhadap Artis Palestin Yang Lukis Gambar Tembikai

Penindasan kerajaan Israel tidak terhenti di situ sahaja. Semasa tahun 2021, artis Sliman Mansour yang berasal dari Palestin memberitahu portal The National bahawa pegawai Israel telah menutup pameran karyanya di 79 Gallery, Ramallah pada 1980.

“Mereka memberitahu kami bahawa melukis bendera Palestin adalah dilarang, begitu juga dengan warna,” ujar Sliman.

Pegawai Israel berkata segala lukisan yang mempunyai warna merah, hijau, hitam dan putih bakal dirampas termasuklah gambar buah tembikai.


Penggunaan Visual Tembikai Pada Ketika Ini

Pada bulan Jun lalu, Zazim iaitu sebuah pertubuhan masyarakat Arab-Israel telah melancarkan kempen untuk membantah penahanan dan rampasan bendera Palestin.

Imej tembikai telah ditampal pada 16 teksi beroperasi di Tel Aviv dengan teks yang bertulis, “Ini bukan bendera Palestin.”

“Mesej kami kepada kerajaan adalah jelas. Kami akan sentiasa mencari jalan untuk memintas sebarang larangan yang tidak masuk akal dan bakal meneruskan perjuangan kebebasan bersuara serta demokrasi,” kata pengarah Zazim Raluca Ganea.

Sumber: X Via Al Jazeera

Baca Artikel Berkaitan: KPM Digesa Teruskan Minggu Solidariti Palestin Di Sekolah, 24 NGO Serah Memorandum

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Tentang Kezaliman” – Tindakan Uncle Ini Sertai Himpunan Solidariti Palestin Dipuji Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Esok, PM Anwar Seru Orang Ramai Turut Serta


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd