Now Reading
Jenama Make-Up Rare Beauty Diboikot, CEO Produk Pro-Israel

Jenama Make-Up Rare Beauty Diboikot, CEO Produk Pro-Israel

Netizen mendedahkan bahawa CEO Rare Beauty Scott Friedman yang telah bersama jenama tersebut sejak 2019 lalu adalah seorang Zionis Israel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini, tentera Israel telah menyekat akses keperluan harian kepada penduduk Palestin yang sedang dalam kesengsaraan menghadapi peperangan.

Disebabkan kelakuan keji itu, orang ramai telah tampil bersepakat untuk mula memboikot barangan yang diperbuat dari Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Susulan aktiviti tersebut, masyarakat sedunia telah mula menguar-uarkan di media sosial tentang jenama yang patut dielakkan.


Warganet Dedah CEO Rare Beauty Adalah Zionis

Semalam (31 Oktober), seorang individu menerusi ciapan di laman X (Twitter @lesbo4twice) telah mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) jenama kosmetik terkenal Rare Beauty menyokong Israel.

Scott Friedman telah bersama dengan barisan pengurusan Rare Beauty sejak Januari tahun 2019 lalu iaitu ketika jenama itu baru mula ditubuhkan.

Menerusi senarai ‘following’ di laman Instagram, Scott Friedman juga mengikuti akaun Angkatan Pertahanan Israel (IDF) serta komuniti Jewish yang menyokong hebat keganasan Zionis pada waktu ini.

Sumber: Instagram

Selena Gomez Tampil Bersuara Tentang Konflik Palestin & Israel Di Instagram

Untuk info, isu tersebut mula mendapat perhatian ramai sejak pengasas Rare Beauty iaitu Selena Gomez tampil menyuarakan pandangannya terhadap konflik antara Palestin dan Israel di Instagram Story baru-baru ini.

Menurutnya, dia telah mengambil sedikit masa dan menjauhi media sosial kerana berasa kecewa melihat kebencian dan keganasan yang berlaku.

“Individu yang diseksa, dibunuh dan sebarang tindakan membenci oleh mana-mana kumpulan adalah mengerikan,” ujarnya dalam perkongsian itu.

Tambah pelakon terkenal berkenaan, masyarakat perlu menghentikan keganasan tersebut dengan serta merta dan melindungi semua individu terutamanya kanak-kanak.

“I wish I could could change the world. But a post won’t,” katanya.

Beberapa jam selepas hantaran berkenaan, Selena telah memuat naik satu lagi perkongsian menyaksikan gambar adik perempuannya.

Selebriti Hollywood itu berkata mempunyai seorang adik kecil membuatkannya berasa terkilan dengan situasi ketika ini.

Jelasnya, dia sanggup membuat apa sahaja untuk menolong kanak-kanak dan nyawa yang tidak bersalah.

Sumber: Instagram (@selenagomez)

Netizen Mula Boikot Rare Beauty

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang menyokong penduduk Palestin telah mengecam kenyataannya bersifat ‘neutral’ itu.

Menurut bekas pengasas kosmetik Beautyra Tyra Kamaruzzaman, Selena yang selama ini memperjuangkan kebaikan tidak sepatutnya berkata bahawa platform yang mempunyai jumlah pengikut ramai tersebut tidak membantu.

“Anda ada kuasa yang besar bagi menyalurkan kebenaran kepada jutaan orang di luar sana, tapi memilih untuk tidak berbuat demikian,” ujar Tyra.

Sumber: Instagram

Peminat tegar artis ini juga berkata bahawa mereka berasa kecewa kerana telah menyokongnya selama ini.

“Saya berasa malu dengan diri sendiri kerana menyokong anda. Goodbye,” kata seorang wanita.

Menerusi balasan orang ramai di laman X pula, warganet dilihat telah mula memboikot jenama kosmetik ternama itu.

“Tidak akan beli Rare Beauty lagi!” tegas seorang netizen.

Ada juga yang berniat untuk membeli produk jenama itu telah bertukar fikiran selepas mengetahui CEO Rare Beauty menyokong keganasan Israel.

Sumber: Instagram (@selenagomez)/X

Baca Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?

Baca Artikel Berkaitan: Woodfire Bakal Gantikan Coca-Cola Dengan Jenama Minuman Tempatan Raih Pujian Warganet

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Restoran Makanan Segera Berhenti Kerja Tanda Solidariti Palestin, Tak Sangka Hasil Berniaga Nasi Lemak Raih Sambutan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd