Now Reading
Woodfire Bakal Gantikan Coca-Cola Dengan Jenama Minuman Tempatan Raih Pujian Warganet

Woodfire Bakal Gantikan Coca-Cola Dengan Jenama Minuman Tempatan Raih Pujian Warganet

Woodfire HQ berkata semua cawangan di seluruh Malaysia bakal menghentikan jualan Coca-Cola kepada pelanggan sebagai sokongan kepada Palestin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin telah menimbulkan kemarahan masyarakat di serata dunia.

Susulan itu, ramai rakyat Malaysia yang telah pun mula memboikot jenama Amerika Syarikat (AS) atau barangan yang diperbuat oleh rejim Zionis.

Kalau anda perasan, banyak juga premis makanan yang sebelum ini terkenal di pusat membeli-belah telah pun mendapat jumlah pelanggan yang sikit ekoran usaha untuk memboikot jenama AS.


Woodfire Bakal Berhenti Restock Coca-Cola & Bertukar Kepada Jenama Air Minuman Yang Baru

Restoran burger terkenal Woodfire semalam (30 Oktober) telah memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya (@woodfirejb), mengatakan bahawa semua cawangan Woodfire di seluruh Malaysia bakal menamatkan jualan minuman Coca-Cola.

“Saya telah meminta semua outlet untuk berhenti restock Coca-Cola dan bakal keluarkannya dari menu pada masa akan datang,” jelas restoran itu.

HQ Woodfire juga berkata bahawa proses menggantikan air minuman tersebut dengan jenama baru bakal dilaksanakan secara berperingkat.

Usaha ini dikatakan adalah salah satu usaha restoran berkenaan bagi menunjukkan sokongan kepada pejuang Palestin yang menghadapi peperangan pada ketika ini.

“For our brothers and sisters in Palestine,” ujarnya.

Sumber: Instagram (@woodfirejb)

Woodfire Cari Pembekal Air Minuman Produk Tempatan

Woodfire dalam masa sama telah memuat naik satu lagi hantaran untuk mencari pembekal air minuman tempatan baharu yang bakal menggantikan minuman Coca-Cola di premis mereka.

Restoran itu juga mengalu-alukan cadangan daripada para pelanggan mereka melalui pesanan peribadi (DM) di laman Instagram.

Sumber: Instagram (@woodfirejb)

Netizen Puji Usaha Yang Dilakukan Oleh Woodfire Untuk Boikot Jenama Amerika

Menjengah ke ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai telah memuji usaha kecil yang dilaksanakan oleh Woodfire.

“Keputusan yang baik. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki untuk Woodfire,” ujar seorang lelaki.

Bukan itu sahaja, usaha untuk memboikot jenama AS itu turut menarik ramai pelanggan baru terhadap restoran tersebut.

Penyanyi terkenal Faizal Tahir juga berkata dia akan singgah ke kedai makan tersebut pada masa akan datang.

“I totally endorse Woodfire! Semoga ada rezeki untuk saya datang makan di sini nanti insya-Allah,” kata penyanyi itu.

Sumber: Instagram (@woodfirejb)

Baca Artikel Berkaitan: Pekerja Restoran Makanan Segera Berhenti Kerja Tanda Solidariti Palestin, Tak Sangka Hasil Berniaga Nasi Lemak Raih Sambutan

Baca Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?

Baca Artikel Berkaitan: “Kita Tentang Kezaliman” – Tindakan Uncle Ini Sertai Himpunan Solidariti Palestin Dipuji Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd